Friday, February 18, 2011

Perkukuh hubungan cinta


Sebelum ini Akim dan Stacy pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa dan kali ini mereka dilantik sebagai duta terbaru aiskrim Wall's Cornetto bagi kempen 'Lafazkannya dengan stail Cornetto’.
Pelantikan ini dilihat lebih menguatkan gosip bahawa mereka benar-benar bercinta.

Bagaimanapun kedua-duanya menafikan dakwaan tersebut sebaliknya mengaku hanya akrab sebagai kawan dan hubungan itu profesional sebagai rakan sekerja.
Malah Akim yang dua tahun berturut-turut dipilih sebagai duta aiskrim itu menolak desas-desus kononnya dia yang mencadangkan nama Stacy untuk sama-sama menjadi duta aiskrim itu.



"Saya tidak pernah mencalonkan nama Stacy dan tidak tahu dapat menyambung kontrak buat kali kedua sebagai duta Wall's Cornetto bersama-sama Stacy.
"Jadi apabila mendapat tahu nama Stacy disebut untuk bergandingan dengan saya, sudah pasti saya gembira kerana kami berkawan baik.

"Mungkin juga pemilihan kami ini sedikit-sebanyak disebabkan gosip bercinta sebelum ini," kata Akim, pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia muzik ketujuh (AF7).
Pasangan itu ditemui pada majlis sidang media dan pengumuman rasmi pelantikan mereka sebagai duta Wall' Cornetto untuk kempen 'Lafazkannya dengan stail Cornetto'.

Kedua-duanya turut menyampaikan lagu tema kempen tersebut berjudul Jahatnya Cinta gubahan Edry Abdul Halim hasil gabungan lagu Inilah Cinta oleh Akim dan Jahat oleh Stacy yang diberi sentuhan remix baru dan bertenaga.

Sebagai duta produk tersebut, Akim dan Stacy menggalakkan para remaja menyertai peraduan meluah perasaan melalui lagu merdu dan lirik yang kreatif mulai 14 Februari hingga 30 April ini.

Untuk menyertai, layari www.facebook.com/iluvcornetto dan kumpul mata daripada penutup Cornetto untuk membida artis pilihan di samping memenangi hadiah harian dan bulanan seperti iPhone 4, iKaraoke, iPod Shuffle, thumb drive, rantai kunci serta cakera padat istimewa Cornetto.




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!