Wednesday, February 23, 2011

Menyusui 9 bayi korban gempa bumi..


Jiang Xiaojuan boleh dianggap mendapatkan kenaikan pangkat dan promosi jabatan kerana naluri keibuannya. Sukarelawati berusia 30 tahun itu juga menerima anugerah pahlawan kerana spontan menyusui sembilan bayi yang terlantar akibat gempa bumi yang menggoncang bahagian Sichuan, Tiongkok, bulan lalu.

Lima di antara sembilan bayi itu ditinggal mati ibunya ketika gempa. Empat bayi lainnya tidak mendapatkan susu ibu kerana ibu mereka mengalami depresi pascagempa. Berkat air susu ibu (ASI) sukarelawati ini, kesembilan bayi korban gempa tersebut mendapatkan cukup nutrisi.

Kerana aksinya itu, Jiang yang digelar police mum tersebut dipromosikan menjadi wakil di Jiangyou Public Security Bureau. Partai Komunis Tiongkok juga menunjuk dia menjadi anggota Komite Jiangyou Public Security Bureau.

Namun, promosi jabatan tersebut mengundang kontroversi. ”Sebahagian orang berkeberatan diatas tawaran kerajaan kota terhadap Jiang. Menurut mereka, promosi jabatan harus diberikan sesuai jasa dan pengabdian seseorang, bukan kerana aktiviti kemanusiaan,” demikian yang dilaporkan bilik berita Tiongkok Xinhua, Sabtu lalu.

Meskipun begitu, tidak sedikit pula yang menyambut gembira atas anugera yang diberikan kerajaan kota dan Parti Komunis Tiongkok tersebut. Para penyokong Jiang menegaskan, tindakan sukarelawati itu membuktikan bahawa dia adalah contoh masyarakat yang baik. ”Kontroversi tidak akan mempengaruhi promosi. Semua kami proses sesuai prosedur yang berlaku dan dia memang layak,” tegas pejabat polisi.

Setakat ini, belum ada komen rasmi dari Jiang tentang anugerah jabatan yang diterima itu, juga atas kontroversi yang menyelubunginya. Wanita yang baru enam bulan lalu melahirkan tersebut masih menjadi tumpuan ramai kerana aksinya sebagai police mum.

Menurut Su, Jiang akan langsung menjawat wakil komisaris setelah menyelesaikan tur dan kembali ke Jiangyou.

Aksi Jiang itu berlaku ketika gempa berkekuatan 7,9 skala richter menggoncang bahagian Sichuan, Tiongkok. Kerana tidak jauh dari pusat gempa, Kota Jiangyou, tempat tinggal Jiang, rosak teruk. Antara 69000 sehingga 850.000 penduduk kota tersebut tekorban. Sehingga kini, ribuan warga Jiangyou masih dinyatakan hilang.

Sebagai petugas kerajaan, Jiang tergerak menolong mangsa. Kebetulan, mangsa pertama yang dia temui adalah seorang bayi. Bayi tersebut ditinggal kerana ibunya mati. Spontan, Jiang yang memang masih menyusui bayinya tersebut langsung menyusukan bayi korban gempa itu. Setelah itu, masih ada lapan bayi lagi yang lantas menjadi ”anak susu” Jiang.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!