Thursday, February 24, 2011

Lagi angkara babi?


“Dalam keadaan samar-samar, saya nampak objek tercampak ke tengah lebuh raya lalu menekan brek sebelum mengelak ke kiri jalan,” kata pemandu treler yang terbabit kemalangan di Kilometer 209, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara, di sini, malam kelmarin.
Pemandu itu, Ah Pang, 53, berkata dia mengelak daripada melanggar mangsa dan dua kenderaan yang melintangi jalan, namun treler dipandunya dilanggar sebuah Toyota Camry dari belakang.

“Ketika berada kira-kira 50 meter dari lokasi, saya nampak dua kereta terbabit kemalangan dan pada masa sama melihat ada orang tercampak dari kenderaan.
“Saya menekan brek dan berjaya mengelak daripada melanggar mangsa, tetapi apabila melihat melalui cermin sisi, ada sebuah kereta di belakang turut berpusing dan terbabas selepas melanggar bahagian belakang sebelah kiri treler saya,” katanya yang ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 9 malam berhampiran Restoran Jejantas Ayer Keroh itu dipercayai berlaku selepas pemandu Proton Wira Aeroback dikenali sebagai Zulfakar Hamsun, 26, melanggar seekor babi hutan yang tiba-tiba melintas jalan.

Berikutan rempuhan itu, kenderaan berkenaan gagal dikawal dan berpusing beberapa kali sebelum tersadai di tepi lebuh raya. Pada masa sama, sebuah Toyota Altis melanggar bahagian depan kereta dipandu Zulfakar menyebabkan enjin Proton Wira Aeroback itu tercampak ke kiri jalan.

Zulfakar dan pemandu Toyota Altis iaitu seorang warga Myanmar berusia 20-an yang parah dikejarkan ke hospital untuk rawatan. Dua lagi mangsa menaiki Toyota Camry cedera ringan.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Tan Chia Hau, 27, berkata, pada mulanya dia menyangka kerja baik pulih jalan sedang dilakukan kerana dua kereta melintang tengah lebuh raya, namun tiada lampu amaran dipasang sebelum menyedari ia kemalangan.

“Ketika kira-kira 20 meter dari tempat kejadian, saya yang duduk di sebelah penumpang Toyota Camry dipandu rakan, Lee Chi Hong, 24, menyedari berlaku kemalangan,” katanya.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!