Wednesday, February 23, 2011

Penduduk gempar


Penduduk di Kampung Parit Tunggul di sini gempar dengan penemuan seekor ular sawa sepanjang enam meter dengan anggaran berat 70 kilogram yang berjaya ditangkap penduduk kampung itu semalam.

Usaha menangkap reptilia yang bersembunyi di dalam lubang berhampiran sebatang pokok kelapa sawit itu memakan masa lebih dua jam dan melibatkan tenaga seramai enam orang.
Menurut penangkap ular berkenaan, Mohd. Rahmat Ramzan, 21, dia dan lima penduduk menangkap ular itu selepas dimaklumkan mengenai penemuan haiwan itu kira-kira pukul 12 tengah hari.

Katanya, ular sawa itu ditemui seorang penduduk, Johari Ithnin, 46, ketika berehat bersama seorang rakannya di kawasan kebun sawit di kampung itu.
"Sebelum ini saya pernah menangkap banyak ular tetapi kali ini adalah yang paling besar pernah saya tangkap dan ketika ditangkap, ia amat agresif dan cuba melawan.

"Kami terpaksa mengambil masa kira-kira dua jam untuk menangkap kepala dan hujung ular ini sebelum membawanya keluar dari lubang tempat ia bersembunyi," katanya ketika ditemui di rumahnya di Parit Jamil di sini, semalam.

Mohd. Rahmat memberitahu, dia bersyukur ular itu ditangkap sebelum berlaku sebarang kejadian tidak diingini kerana lokasi tempat haiwan itu bersembunyi tidak jauh dari kawasan rumah penduduk kampung.
Menurutnya lagi, ular berkenaan diserahkan kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daerah Muar sebelum dihantar kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!