Sunday, February 6, 2011

Wanita mengandung terbunuh


Hasrat seorang ibu yang hamil lapan bulan untuk menimang cahaya mata pertama tidak kesampaian apabila dia terbunuh dalam nahas di Kilometer 22, Jalan Paka-Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) dekat sini, petang semalam.

Rodiah Mohd., 25, seorang pegawai perkhidmatan pelanggan di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Dungun di sini, selepas terbabit dalam kemalangan.
Nahas berlaku kira-kira pukul 4.45 petang sewaktu kereta yang dipandu suaminya, Zuhairi Abdullah, 27, terbabas sebelum terhumban ke dalam cerun.

Ketika kejadian, mangsa dan suaminya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Bandar AMBS selepas menghadiri kenduri kahwin rakan mereka di Felda Ketengah Jaya.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Dahlan Mohd. Noor ketika mengesahkan kejadian itu berkata, wanita itu meninggal dunia kira-kira pukul 6.15 petang ketika dirawat di Hospital Dungun.

"Mangsa yang sarat mengandung lapan bulan meninggal dunia akibat pendarahan dalaman," katanya hari ini.
Beliau memberitahu, suami mangsa yang patah kaki kanan dalam kemalangan itu dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.
Dalam pada itu, kakak mangsa, Rotina Mohd., 37, berkata, Rodiah pernah memberitahunya sebelum ini yang dia tidak sabar untuk menimang anak pertama yang dijangka bakal lahir pada bulan depan.

"Minggu lalu, ketika saya bertemu arwah, dia dilihat begitu gembira untuk menimang cahaya mata pertama, malah adik saya sudah ada nama untuk bayinya selain menyiapkan segala persiapan.
"Arwah pernah keguguran sebelum ini namun segalanya sudah takdir dan kami reda dengan pemergiannya," katanya.


.

2 Penyokong CHELSEA:

Lulu Caldina on February 6, 2011 at 12:56 PM said...

@Amzar Syazani ekeke..itulah...smlm tgk sampai 1ST half jer...tak pernah kalah..tp akhirnya kalah dgn team x kuat..weeewuuu..

izatul qisteena on February 7, 2011 at 2:34 AM said...

Subhanallah..semua ni ditakdirkan Allah dan ada hikmahnya. jom kte sama2 sedekahkan Al-fatihah kpd allahyarhamah n babynya..smoga husband dia redha dgn dugaan ni.amin.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!