Amalan ilmu hitam meluka seorang bayi di Brazil. Menakjubkan kerana ditukan 40 jarum jahit diketahui berada di dalam tubuh bayi yang tidak diketahui namanya tersebut.
Menurut keterangan ibu dari bayi berusia dua tahun tersebut, pada awalnya bayi itu mengeluh sakit pada perutnya dan seringkali muntah. Ketika dibawa berjumpa doktor dan setelah di x-ray, si Ibu terkejut kerana lebih dari 40 jarum jahit berada di dalam tubuh anak tersebut.
Seperti dipetik dari AFP, 40 jarum jahit ditemui merata-rata di bahagian tubuh bayi itu. Beberapa jarum kelihatan di leher, dada, dan kaki bayi malang tersebut, bahkan salah satu jarum seperti tertancap pada paru-parunya.
Doktor terus berusaha mengeluarkan jarum sepanjang lima sentimeter tersebut. Namun salah satu jarum yang menusuk di organ bayi itu tidak akan dikeluarkan, kerana proses operasi mengeluarkan jarum dikuatiri merosak organ bayi itu.
Ayah bayi itu menjadi suspek tertuduh kerana menurut pihak polis, dia ada mengamalkan ilmu hitam. Hal tersebut terbongkar setelah ibu bayi tersebut menemukan benda mencurigakan di dalam rumah mereka.
Polis juga sudah mendapatkan keterangan dari si ayah, Roberto Carlos Magalhaes. Kononya kejadian ini ada motif dendam dari wanita simpanan Magalhaes, kepada ibu bayi tersebut. Magalhaes sendiri mengaku telah melakukan kejahatan terhadap anak tirinya itu dengan amalan Macabre.
Hingga kini keadaan bayi itu kritikal, tetapi doktor mengakui bahawa bayi tersebut suda mulai menunjukkan tanda-tanda positif setelah mendapatkan rawatan dari hospital.
.
2 Penyokong CHELSEA:
hah.. ingatkan melayu je ada menda gini.
aduhai..yg jadi mangsa si kecil pulak..kejam..zalim!!
Post a Comment