Monday, March 14, 2011

Kisah Kehidupan Tragis Pelakon Cantik Korea


Meskipun setelah dua tahun berlalu, ramai yang masih tertanya-tanya dengan apa yang menjadi penyebab pelakon Korea, Jang Ja Yeon, memutuskan untuk  mengakhiri hidupnya dengan membunuh diri.

Perlahan-lahan penyebab kematian pelakon tersebut kini mulai diketahui. Pada 6 Mac lalu 'The 8 O'Clock News' yang ditayangkan SBS mendedahkan selama ini Jang Ja Yeon dipaksa untuk melayani nafsu berahi 31 orang lelaki. Fakta itu dibuktikan dengan adanya dokumen yang ditulis tangan sendiri oleh Jang Ja Yeon.

Hal itu ternyata membuat artis cantik ini merasa penat dan tekanan kerana dijadikan mangsa seks kepada  orang-orang penting yang memiliki pengaruh di dunia hiburan di negeri Ginseng tersebut.

Diyakini hal itulah yang membuatkan Jang  memutuskan untuk mengakhiri hidupnya dengan tragis. Dia seperti sudah tidak sanggup lagi menanggung beban hidupnya yang pahit tersebut. Apalagi, selama ini, dia juga harus menjalani kehidupan yang berat dan menyedihkan kerana orang tuanya meninggal.

Orangtua Jang meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya tahun 1999 lalu. Sejak ditinggal orangtuanya, artis kelahiran 8 Disember 1982 ini hidup bersama dengan adik dan kakaknya.

Jang memang memiliki keinginan yang kuat untuk memiliki karier di dunia hiburan. Dia mula mencuba untuk bersaing didalam industri hiburan di negaranya tersebut.


Dengan berbekal kemahuan yang keras, usaha Jang Ja Yeon tidak sia-sia. Dia memulakan kariernya sebagai artis dengan membintangi iklan di tv. Wajahnya yang cantik membuatkan dia mendapatkan tawaran untuk membintangi serial drama.

Perubahan terbesar dalam kariernya adalah ketika dia mendapatkan watak di drama 'Boys Before Flowers' yang memegang watak utama sebagai Lee Min Ho. Di serial yang dibuat berdasarkan cerita dari Jepun 'Hana Yori Dango' ini, Jang sebagai Sunny. Sunny adalah salah satu trio yang selalu memusuhi dan iri dengan pelakon utama wanita di serial tersebut.

Setelah itu, artis yang menutup mata pada usia 26 tahun ini kembali mendapatkan tawaran untuk membintangi filem. Dan Jang mendapatkan dua filem sekaligus. Pada saat kematiannya, sebenarnya Jang sedang menunggu dua filemnya yang akan segera direlease. Dia berlakon untuk filem 'They Are Coming' dan 'Penthouse Elephant'.

Dari tulisan yang dibuatnya sebelum dia membunuh diri, didapati pengurusan artisnya tidak jujur. Dan Jang menghadapi kesukaran ketika menjalani hidupnya sebagai seorang artis.

Pengurusan artis tempat dia bernaung didapati telah mengeksploitasi dan menuntut Jang untuk melayani lelaki-lelaki yang memiliki pengaruh dalam industri hiburan Korea dengan alasan untuk melancarkan kariernya sebagai artis. Dia dipaksa tunduk kepada peraturan tersebut.

Sebelum kematiannya, artis ini diketahui menderita kemurungan sehinga harus mendapatkan perawatan perubatan selama setahun.

Sebelum ditemui bunuh diri dibilik, di rumahnya di kawasan Bundang Seongnam, pada 7 Mac 2009 lalu, kakaknya mengatakan adiknya itu sempat mengeluh kerana mengalami stres yang serius dan ingin mati. Dia mengatakan hal tersebut kepada kakaknya melalui telefon.

Setelah tidak boleh ditelefon, kakaknya memutuskan untuk pulang ke rumah dan menemui tubuh Jang yang telah tergantung dibiliknya.


Kematian Jang dipercayai kerana bunuh diri. Tetapi, catatan yang dibuat Jang membuat polis melakukan siasatan ke pejabat pengurusannya. Polis menangkap bekas pengurus Jang, Kim Sung Hoon di Jepun.
Dia dihukum percubaan penjara selama 2 tahun dan harus menjalani khidmat masyarakat selama 160 jam.



.

11 Penyokong CHELSEA:

Unknown on March 14, 2011 at 2:08 PM said...

patut la dia bunuh diri..sbb tertekan & stress

Prince Halilintar on March 14, 2011 at 2:26 PM said...

betul..prince ade bace dulu kisah die kat paper..

Anonymous said...

cmtu ye lulu artis2 kt sana..??

misz l0vely on March 14, 2011 at 6:57 PM said...

l0rh...
yeker...
ciannyer kat dy...
huhuhu

Cikbintang on March 14, 2011 at 7:09 PM said...

wahhhh...hebat duh jalan crita die
menyayat hati...hurrmmm....31 lelaki??grrr

Nurul Mazni Sawal on March 14, 2011 at 9:44 PM said...

kesiannye dia nie... tapi tak ingatlah dlm boys over flower dia pegang watak ape..

logorithm on March 17, 2011 at 10:52 AM said...

Dunia artis memang cenggini kot? Kat Malaysia pon mungkin serupa jugak...

hani9 on April 16, 2012 at 4:58 PM said...

dalam boy over flower dia pegang watak makwe kim hyun joong la
@Nurul Mazni

hani9 on April 16, 2012 at 4:59 PM said...

dalam bof dia pegang watak makwe kim hyun joong

nur fathihah on December 30, 2012 at 4:19 PM said...

@hani9
bukan jadi makwe kim hyun joong la dia jadi perempuan jahat yang ade 3 prempuan tu la .

nur fathihah on December 30, 2012 at 4:20 PM said...

bukan jadi makwe kim hyun joong la , dia berlakon dlm BOF yang ade 3 kumpulan perempuan yang gedik tu . yang slalu cari gaduh dengan heroin tu la

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!