Sunday, March 20, 2011

7 kali? Wah tahniah..


Datuk Nicol Ann David berjaya mempertahankan reputasinya sebagai pemain nombor satu dunia apabila merangkul kejuaraan Terbuka Kuala Lumpur 2011 bagi kali ketujuh di sini hari ini.

Ratu skuasy negara itu hanya mengambil masa 34 minit untuk mengatasi pemain Ireland, Madeline Perry, pada perlawanan akhir di gelanggang kaca di Berjaya Times Square di sini.

Nicol sebelum ini mengungguli kejuaraan tersebut sebanyak enam kali pada 2000, 2002, 2005, 2007, 2008 dan 2010.
"Saya tahu perlawanan akhir tetap sukar. Saya pernah kalah sekali kepada
Madeline dan tidak mahu keyakinan dia menguasai perlawanan. Saya perlu bekerja
keras untuk menafikan rentak perlawanan dia," kata Nicol, selaku pilihan utama
kejohanan itu.

Atas kejayaan itu, Nicol menerima hadiah wang tunai US$8,550 (RM26,107) dan trofi manakala Madeline pula membawa pulang wang tunai US$5,850 (RM17,862).
Nicol menerima trofi dari Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Selepas ini, Nicol akan mengambil bahagian pada kejohanan Terbuka Cayman Island dari 5 hingga 9 April ini sebelum menyambung latihan di bawah jurulatih Liz Irving di Amsterdam, Belanda.

Sementara itu, dalam acara lelaki, pilihan utama Karim Darwish dari Mesir merangkul gelaran pertama musim 2011 apabila menewaskan rakan senegara, Mohamed El Shorbagy 11-9, 11-9, 11-3 dalam masa 52 minit.

Pada kejohanan tahun lalu, Darwish, pemain nombor tiga dunia, kalah kepada Ramy Ashour pada perlawanan akhir.

"Ini adalah perlawanan terbaik saya di sini. Saya tidak pernah menjuarai sebarang kejohanan di sini," kata Darwish.

Darwish membawa pulang hadiah wang tunai US8,075 (RM24,657) manala Shorbagy pula menerima US$5,525 (RM16,870).



.

2 Penyokong CHELSEA:

Nora Shahaira on March 21, 2011 at 12:27 AM said...

dia memg dah pro..cube bg kat akak..akak pun pro gak..pro....sak!!hahaha

Lulu Caldina on March 21, 2011 at 2:07 AM said...

@Nora Shahaira ekeke kak nora ni

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!