Sunday, March 20, 2011

Akad nikah di masjid menyimpang dari amalan Rasulullah?


Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.
Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah, namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.
Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.
Ahmad berkata, adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.



.

5 Penyokong CHELSEA:

Nora Shahaira on March 21, 2011 at 12:30 AM said...

eh,,akak dah akin konfius...seingat dulu, sebaik-baik uruskan mayat dirumah sendiri, nak nikah pula di masjid..yang jadi tak berapa best tu pasal tak pernah dtg masjid solat, masa nak kawen dtg plak..

Unknown on March 21, 2011 at 1:07 AM said...

sokong!!!!

mama Rayqal on March 21, 2011 at 3:46 AM said...

saya nikah di rumah.. =)

Unknown on October 19, 2012 at 10:17 AM said...

dah tok kadi tu buat appointment kat masjid.. kita ikut jer leh.. karang dia mogok tak mau nikahkan.. haru pulak....

Anonymous said...

salam..sy rujuk pd e-fatwa malaysia...
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-upacara-akad-nikah-di-masjid

>>>Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa melakukan upacara akad nikah di masjid atau surau adalah disunatkan untuk mendapat keberkatan.

tp stahu sy,fatwa negeri lbh besar dr fatwa malaysia(kalo silap,tlg betulkn & maaf)..so org perlis ikut jela.. :)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!