Friday, March 4, 2011

Aku pun boleh merokok...


Seekor anjing memiliki sikap yang aneh. Blackie, anjing berbulu hitam itu boleh merokok seperti lelaki dewasa.

Aikap itu bukan dari lahir. Namun diajari pemiliknya setelah Blackie dibeli dari sebuah kedai menjual binatang peliharaan di China.

Pemiliknya bernama Zeng Ziguang, dari Wuchang, Daerah Hubei. Lelaki yang berusia 23 tahun itu mengaku bahawa anjing itu telah kecanduan tembakau. Untuk itu dalam satu hari Blackie harus mendapatkan satu bungkus rokok.

"Awalnya dia benci bau asap. Tapi aku melatihnya untuk biasa dengan meniupkan asap kepadanya," kata Zeng, seperti dipetik dari orange.uk.

"Kemudian aku mula memasukkan rokok ke dalam mulutnya. Setiap kali dia melakukan itu, aku akan memberinya makanan," ujarnya.

Kemudian perilaku aneh itu mengundang kecaman dari jiran-jirannya. Mereka terkejut Zeng mengajar binatang peliharaannya untuk merokok.

"Dia adalah pemilik haiwan peliharaan yang mengerikan," kata salah satu harian tempatan Changjiang.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!