Tuesday, March 22, 2011

Berkahwin Lagi Setelah Cerai 57 Tahun


Mereka pernah berkahwin pada 1941, namun, bercerai ketika perkahwinan memasuki tahun ke-13.

Kedut-kedut di kulit tidak boleh disembunyikan lagi ketika pasangan itu mengucap janji perkahwinan. Memang bukan perkahwinan pertama. Mereka berkahwin lagi setelah 57 tahun bercerai, 70 tahun sejak perkahwinan pertama.

Gelora asmara kembali menyelubungi Elsie Dunn, 90, dan Leslie Harper, 93. Setelah saling tidak bercakap selama beberapa dekad, mereka rujuk dan kembali mengucap janji setia di Driffield, East Yorks.

Upacara perkahwinan pasangan rujuk itu diadakan di Pejabat Catatan Sipil Bridlington  tahun ini. “Ramai yang bahagia mendengar khabar ini. Mereka sudah ditakdirkan untuk bersama,” kata Pauline, anak mereka yang kini sudah berumur 65 tahun.

Magnet asmara mula mendekatkan mereka setelah isteri kedua Leslie meninggal, 2004 yang lalu. “ Pada awalnya, dia menghubungi anak kami, Pauline, bertanya samada saya mahu bertemu dengannya. Dan, suatu hari dia datang. Sejak itu kami pun berhubungan kembali,” kata Elsie.

Pauline merupakan anak daripada perkahwinan mereka terdahulu. Dia mengakui bahawa ibu bapanya gembira kita bertemu semula, setelah sekian lama tidak berkomunikasi. Mereka menghidupkan kembali hubungan mereka dan cuba membinanya lagi.


Kisah cinta Leslie dan Elsie bermula di Hull pada 1937. Ketika itu, Leslie adalah seorang marin yang terlibat dalam Perang Dunia II. Ketika berlabuh di Hull bersama rakannya, dia bertemu dengan Elsie. Leslie pun jatuh cinta, dia memutuskan untuk bersama Elsie.

Perkahwinan pertama Leslie dan Elsie berlangsung pada 1941. Tiga tahun kemudian, kebahagiaan rumah tangga mereka semakin lengkap dengan kehadiran Pauline. Sayang, pasangan itu bercerai ketika usia perkahwinan memasuki tahun ke-13.

Pasangan yang juga memiliki dua cucu dan seorang cucu yang sudah dewasa itu, ketika ini memiliki dua set gambar perkahwinan yang menjadi kenangan kisah asmara mereka.

“Kami seperti malaikat kecil. Kuserahkan semua milikku padanya walaupun kami pernah bercerai,” kata Elsie dari lubuk hatinya terdalam. “Aku akan terus menjaganya sebagai sebahagian hidupku.” Leslie menambah.



P/S - Jodoh pertemuan sudah tersurat...


.

3 Penyokong CHELSEA:

Nazatul Anuar on March 22, 2011 at 3:10 PM said...

SWEET GILAK !

Siti Fatimah Fuzz on March 22, 2011 at 3:10 PM said...

kalau dia jodoh kita...macam mana terpisah pun, akan bertemu jugak....^_^

Lieya on March 22, 2011 at 4:10 PM said...

Terharu lak baca..hehehe

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!