TIDAK berbaloi! Wang beribu ringgit dihabiskan untuk mencantikkan wajah namun apa yang berlaku, kulit muka seorang pelanggan bertambah teruk dan gatal-gatal.
Bukan itu sahaja, syarikat kecantikan terkenal yang beroperasi di sebuah pusat beli-belah di sini turut didakwa mengenakan caj rawatan berlebihan sehingga RM2,500 tanpa pengetahuan seorang pelanggan lain.
Berikutan itu, syarikat New York Skin Sdn. Bhd. di Alor Setar semalam diarahkan oleh Pengerusi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), Reihana Abd. Razak memulangkan semula wang dua pelanggannya masing-masing berjumlah RM6,362 dan RM2,000 dalam tempoh 14 hari.
Dalam kes pertama, syarikat itu diarah membayar RM6,362 kepada penjawat awam, Mohamad Azmar Bidin, 37, yang mengemukakan tuntutan selepas tidak puas hati terhadap rawatan mencantikkan kulit yang dijanjikan oleh syarikat tersebut.
"Syarikat ini memberi jaminan bahawa masalah kulit muka saya beransur pulih setelah menjalani empat rawatan daripada 15 sesi rawatan yang ditawarkan.
"Namun selepas menjalani lima rawatan, tiada sebarang perubahan sebaliknya muka menjadi lebih teruk dan gatal-gatal, atas nasihat doktor saya berhenti," katanya ketika ditemui di pekarangan TTPM.
Tambahnya, apa yang menyakitkan hatinya adalah pakar kecantikan di situ memberi pelbagai alasan tentang masalah itu termasuk memujuknya membeli satu lagi produk iaitu minuman kolagen.
"Saya sudah membayar RM6,362 untuk rawatan dengan jaminan ia berkesan tetapi dipaksa membeli produk lain pula agar rawatan berkesan. Memang saya rasa tertipu," katanya.
Berbeza pula dengan kes yang dituntut oleh jurujual, Lee Siew Hong, 52, yang mendakwa syarikat terbabit mengenakan caj rawatan berlebihan iaitu RM4,500 berbanding harga yang dipersetujui RM2,000.
"Saya cuma bersetuju mengambil pakej rawatan yang berjumlah RM2,000 dan membayar jumlah tersebut tanpa mengetahui syarikat ini telah menggenakan caj tambahan RM2,500 melalui kad kredit saya," katanya.
Dia yang tidak berpuas hati terus membuat laporan polis dan berjaya mendapat semula wangnya berjumlah RM2,500.
"Tetapi untuk bakinya, RM2,000 mereka asyik tertangguh dan memaksa saya menjalani rawatan. Awal-awal lagi mereka sudah ingin memperdayakan saya dengan cara begini, kenapa saya harus terus menjerat diri saya lagi," katanya.
.
2 Penyokong CHELSEA:
ishhh takutnya.. natikan nth apa2 jadi kat kulit muka. tgk dlm tv semua ok jer kan.. huhu nasib kulit muka mek xde problem
as salam..
wow~
tu la .cuba la gi ubah. petua2 kan ada~
hm..moga sentiasa beringat..
er..lelaki..?
wow
=_="
saya guna kulit pisang,oren deang yuZu je. tenyeh2 kat kulit muka. elok je kulit muka. kekal lembap
=)
Post a Comment