Pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand mengakui yang dia tidak menyimpan dendam dengan John Terry berhubung isu kapten skuad kebangsaan England.
Sebaliknya, Ferdinand mendesak rakan sepasukannya itu untuk bermain bersama-sama, sekali mencatat kemenangan ke atas Wales pada aksi kela-yakan Euro 2012 menentang Wales di Cardiff, Sabtu ini.
Ferdinand selaku bekas kapten England dilaporkan telah menghubungi sendiri Terry yang dilantik semula menjadi kapten oleh pengurus England, Fabio Capello minggu ini.
Dia juga mengucapkan selamat maju jaya kepada kapten Chelsea itu menjelang pertembungan penting.
Ferdinand turut menjelaskan kepada Terry bahawa isu berkaitan pelantikan kapten itu hanya melibatkan dia dengan Capello dan apa yang disesalinya, pengendali dari Itali itu langsung tidak berbincang dengannya.
Capello juga enggan membincangkan mengenai keputusan itu dengan dua lagi calon kapten iaitu Steven Gerrard dan Frank Lampard.
“Ferdinand telah mengucapkan selamat maju jaya kepada Terry untuk aksi dengan Wales dan memberitahu bahawa dia yakin Terry mampu membimbing pasukan itu untuk mencapai kemenangan.
“Ferdinand dan Terry sebenarnya telah membuat perjanjian bersama sebelum ini. Mungkin Capello perlu mengetahui perkara tersebut,” kata sumber rapat dengan Ferdinand.
.
3 Penyokong CHELSEA:
kapten sebenar adlh s gerrard
memangkan gerrard cedera terpaksa
capello pilih john terry
ala...nak komen apa bab ni..tak tau menahu..
komen header baru lulu aaa..soooocuuutteeeee
@Nora Shahaira ekeke kak, buat sendiri tu..huhu biasa saje
Post a Comment