Monday, March 7, 2011

Disambar api gara-gara merokok di rumput berminyak


Gara-gara rokok, seorang lelaki melecur di tangan dan kaki kanannya apabila disambar api selepas memotong rumput di Tanah Perkuburan Kampung Seberang Pintasan, Dungun dekat sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa, Mohd. Riduan Othman, 30, bersama enam rakannya sedang memotong rumput di kawasan berkenaan sebelum dia berhenti untuk berehat.

Semasa kejadian, katanya, dia ingin menyalakan api ke rokoknya namun terkejut apabila melihat percikan api pada pemetik api yang dipegang menyebabkan dia tersepak sebuah tong yang berisi minyak petrol.
Ekoran itu, katanya, minyak tersebut tertumpah dan menyimbah kakinya sebelum api terus menyambar bahagian tersebut apabila pemetik api itu tercampak ke arah kawasan berkenaan.
"Saya tidak perasaan kawasan itu terdapat kesan minyak yang tumpah sebelum ini ketika kami mengisi minyak ke dalam tong mesin rumput.

"Apabila tong minyak tersebut terbalik ke kaki saya, minyak yang berada di rumput tersebut juga turut terbakar menyebabkan ia lebih cepat merebak sehingga ke bahagian paha pula," katanya.

Mohd. Riduan yang melecur lima peratus kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Dia yang turut cedera di bahagian tangan ketika cuba memadamkan api di kakinya dengan menggunakan tangannya, bernasib baik kerana diselamatkan oleh beberapa rakannya yang turut memadamkan api menggunakan surat khabar dan kain.

Tambah Mohd. Riduan yang berasal dari Kampung Jambu Bongkok, Dungun itu, rakannya turut menyelamatkan mesin rumput miliknya yang berdekatan daripada hangus terbakar.
"Saya bernasib baik kerana rakan-rakan berada berdekatan dan menyelamatkan saya.
''Salah seorang rakan juga menghantar saya ke Klinik Rantau Abang dengan menaiki sebuah motosikal," jelasnya.




.

4 Penyokong CHELSEA:

Fendy San Satay on March 7, 2011 at 11:35 AM said...

isap rokok lg..kn dda kne...kalo x serik gak x au la kn..

trialtodelete on March 7, 2011 at 11:42 AM said...

haha...padan muka. lulu..u follow la blog i gak hehe..

Lulu Caldina on March 7, 2011 at 8:59 PM said...

@Fendy San Satay say no to rokok lah kan..ngee

Lulu Caldina on March 7, 2011 at 8:59 PM said...

@.:rizaL:. follow blog? ow sangka follow gi kepsi...ngee

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!