Tuesday, March 22, 2011

Mayat dicampak di bahu jalan


Seorang lelaki dipercayai warga tempatan dibunuh kejam sebelum mayatnya dicampak ke bahu jalan berdekatan puncak Gunung Jerai di sini, awal pagi ini.

Mayat mangsa yang belum dikenal pasti identiti ditemui kira-kira pukul 8 pagi oleh seorang lelaki yang sedang berjoging dalam keadaan separuh bogel dengan kecederaan tikaman di leher dan belakang.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah (Bahagian Siasatan dan Perundangan), Supritendan Low Thiang Huat berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang berusia lingkungan 40-an dibunuh di tempat lain sebelum dicampak di lokasi itu yang terletak kira-kira 5 kilometer dari puncak Gunung Jerai.

“Ketika ditemui, mayat itu hanya memakai seluar dalam berwarna merah. Pemeriksaan juga mendapati, leher mangsa ditikam sehingga tembus dan satu lagi tikaman di bahagian belakang badan.

“Berdasarkan semakan awal, mangsa dipercayai warga tempatan dan besar kemungkinan berketurunan Cina,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan di talian 04-4655222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!