Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, Mohd. Hazrin Hakim Daud, 11, dikhuatiri lemas selepas tergelincir lalu terjatuh ketika menyeberang sungai tersebut dengan basikal.
Milah Jusoh, 48, yang sedang berada di rumah terus bergegas ke sungai terletak berhampiran sebaik sahaja dimaklumkan berita berkenaan oleh rakan anaknya itu.
Malangnya, Milah hanya sempat melihat seketika kelibat Mohd. Hazrin Hakim sebelum anaknya itu hilang daripada pandangan.
Milah yang terkejut dengan kejadian itu masih dalam keadaan sugul dan ketika ditemui wartawan hari ini enggan ditemubual.
Menurut rakan mangsa, Wan Muhammad Amirul Syafiq Wan Rohadi, 11, ketika kejadian, mereka bersama seorang lagi rakan sebaya, Muhammad Ilham Daniel Mohd. Yusuf menunggang basikal untuk pulang ke rumah.
Bagaimanapun, tiba-tiba Mohd. Hazrin Hakim berhenti di tengah jambatan yang dinaiki air ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lalu.
"Saya ada ajak (Mohd. Hazrin) Hakim balik, tapi dia cakap tunggu sekejap. Saya pun terus jalan dan tunggu dekat tepi kubur. Bila saya pandang semula, saya tengok dia jatuh dalam sungai dengan basikal," katanya.
Tambahnya, dia segera meminta bantuan orang ramai dan memaklumkan kejadian kepada ibu Mohd. Hazrin Hakim.
Sementara itu, Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah, Pegawai Bomba Kanan 1, Mohd. Zazuli Baderi memberitahu, operasi mencari dan menyelamat sukar dilakukan kerana arus deras.
"Kita hanya menjumpai basikal yang tersangkut pada bahagian bawah jambatan. Gerakan mencari masih diteruskan sehingga lewat petang ini," ujarnya.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment