Wednesday, April 27, 2011

Artis menangis kerana isteri


Penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 27, sudah mengandung dua bulan selepas mendirikan rumah tangga dengan pelawak, Shuib (Sepah) pada 26 Februari lalu.
Menurut Sarah, ketika menerima pengkhabaran berita tersebut, Shuib yang turut berada disisi menangis sambil memeluknya.

“Selepas hari terakhir penggambaran filem Man Sewel Datang KL, saya rasa sakit perut dan Shuib membawa saya ke klinik.
“Tetapi bila doktor buat pemeriksaan dan ujian kehamilan dan dapati saya mnegandung, Shuib tanpa rasa malu menangis dan memeluk saya,” katanya ketika ditemui pada pelancaran filem Man Sewel Datang KL, di sini, Selasa.

Tambah Sarah, suaminya itu terlalu berharap untuk mendapatkan cahaya mata dalam masa terdekat ini.
“Setiap kali saya sakit perut atau loya-loya tekak, dia akan berharap saya mengandung dan kami telah buat beberapa pemeriksaan kehamilan.
“Tetapi hampa, sehingga saya nasihatkan dia jangan terlalu berharap kerana saya yang akan rasa sangat teruk jika tidak mengandung,” ujarnya.
Katanya, sejak berkahwin mereka semamangnya mengharapkan kehadiran cahaya mata bagi menceriakan rumah tangga.

“Saya bersyukur mengandung pada usia ini kerana saya sudah lama bersedia untuk jadi seorang ibu dan mempunyai keluarga yang lengkap.
“Malah kami merancang untuk mendapat empat orang cahaya mata,” katanya.
Sementara itu, Shuib yang berada disisinya memberitahu dia sangat terharu ketika mendapat tahu berita gembira tersebut.

“Saya yang paling gembira sehingga tak menghiraukan doktor yang berada di situ. Ketika bawa Sarah ke klinik, hati saya sudah terdetik yang dia mengandung.
“Alhamdulilah apa yang saya jangkakan betul, memang sukar untuk gambarkan perasaan saya apabila bakal melangkah ke satu fasa lain dalam hidup,” ujarnya.
Pasangan ini baru sahaja selesai penggambaran filem Man Sewel Datang KL dan berduet untuk lagu Cinta Itu Nyawasebagai lagu tema filem tersebut.

Shuib bakal melakonkan watak utama sebagai Man yang mempunyai penyakit sewel, berasal dari kampung dan berhijrah ke Kuala Lumpur setelah melihat kejayaan rakan sekampungnya yang bekerja di ibu kota.
Sementara Sarah pula melakonkan watak salah seorang kekasih Man bernama Salbiah. Dia memiliki sebuah butik di Kuala Lumpur dan mula mengenali Man setelah terlibat dengan kes ragut
Filem terbitan Work Move Production Sdn Bhd ini turut membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Razali Hussein, Julia Ziegler, Rosnah Mat Aris dan Fida Ibrahim dan dijangka ditayangkan pada November depan.




.

13 Penyokong CHELSEA:

fadwa daud on April 27, 2011 at 10:22 AM said...

sweet la pulak diorng ni..masa bercinta tak nmpk sgt,mungkin tu la kemanisan berumahtangga..semoga semuanya selamat:)

mcm ni lah on April 27, 2011 at 10:32 AM said...

baru lah serasi sarah dgn man ni,. dengan mat saleh tu langsung tak serasi,. btw sy dah buang word verification kat komen sy dah senang nk komen dan bw

MizzTina on April 27, 2011 at 10:32 AM said...

wahhh..bestnya..

Unknown on April 27, 2011 at 10:38 AM said...

suweetttnyeeeee

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ on April 27, 2011 at 10:47 AM said...

tahniah pd pasangan...

NisaAdnan on April 27, 2011 at 10:52 AM said...

patutla sarah mcm berisi sikit lepas kawen ^^

aizamia3 on April 27, 2011 at 11:13 AM said...

mesti dorang rasa excited.. anak pertama.. wah.. aku pun jadi suke..

Makbed on April 27, 2011 at 11:16 AM said...

alhamdulillah. semoga kekal berkasih sayang sehingga ke akhirat.

haziqa on April 27, 2011 at 11:43 AM said...

wahhh..hepinya..sweet sgt. hehee..

semoga chumel ye baby tu nty . hee

Nazatul Anuar on April 27, 2011 at 12:02 PM said...

betul tu..
mase bercinta senyap je..
tau2 je kawen.
skaranf baru nmpk kesweetan dorg tu

Unknown on April 27, 2011 at 12:28 PM said...

alhamdulillah..tahniah buat shuib dan sarah.. macam ni la yang kita mahukan..slow slow tutp tup dapat anak dah..tak payah heboh heboh kawen puluh ribu..hehe

FAIRUZAFIFAH on April 27, 2011 at 4:49 PM said...

mdh2n kekal n bahagia :)

Anonymous said...

sweet dorang ni.
semoga mereka terus berbahagia hingga ke akhir hayat.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!