Selepas digosip kononnya mempunyai hubungan dengan suami orang, akhirnya pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein mengumumkan akan bertunang dengan pengarah filem dan drama, Azmi Mohd Hata.
Majlis pertunangan akan diadakan 29 Mei depan di Kelab Ekuestrian Bukit Kiara itu menjawab teka-teki dan pelbagai tuduhan termasuk dia sudah menjadi isteri kedua.
Mengenali Azmi yang juga pengarah filem Duhai Si Pari-Pari dan beberapa drama tempatan sejak tiga tahun lalu sebelum serius sekitar pertengahan 2009, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlin Syed Hanafi menyifatkan hubungannya dengan pengarah berusia 36 tahun itu sebagai sesuatu yang istimewa.
“Saya yakin Azmi adalah lelaki yang boleh memimpin saya ke gerbang kebahagiaan dan membina keluarga sejahtera. Malah saya percaya dia seorang yang bertanggungjawab, menghormati orang tua dan seorang yang penyayang hingga membuatkan saya mengambil keputusan menerima lamarannya.
“Saya tidak berbohong atau sengaja merahsiakan hubungan ini kerana daripada awal lagi saya sudah memberitahu yang hanya akan bersuara jika perkara itu benar-benar sah.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment