Thursday, April 7, 2011

Bad dog...


Seorang murid tahun tiga menerima 30 jahitan selain terlantar tiga hari di Hospital Kota Tinggi di sini, akibat diserang empat ekor anjing berhampiran rumahnya di Kampung Panti, di sini Ahad lalu.
Kejadian pukul 3 petang itu berlaku ketika mangsa, Muhammad Rafiq Abdul Rashid dan kembarnya, Muhammad Rafie, masing-masing berusia 9 tahun, sedang berjalan kaki tidak jauh dari rumahnya.

Bagaimanapun, semasa melalui sebuah kawasan, kumpulan anjing milik seorang peniaga ikan yang tinggal di lokasi sama terlepas dan mengejar mereka. Rafiq berkata, dia dan adiknya cuba melarikan diri tetapi malangnya dia terjatuh sebelum dikerumuni anjing-anjing itu yang menggigit belakang badannya.

"Saya hanya mampu berbaring secara menangkup dan kedua-dua belah tangan saya menutup muka. Haiwan itu menggigit telinga, tengkuk, ketiak, paha dan kaki, menyebabkan saya meraung kesakitan," katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di sini hari ini.

"Adik kembar saya bersama beberapa penduduk menyelamatkan saya dan menghalau anjing itu. Mereka menarik saya ke dalam sebuah kereta untuk dibawa ke hospital," katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di sini hari ini.

Difahamkan mangsa yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar, Jalan Omar di sini, cedera di seluruh badan dan bahagian terkoyak pada telinga kanannya juga terpaksa dijahit.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!