Wednesday, April 20, 2011

Masuk hospital....


Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy dimasukkan ke Pusat Pakar Damansara, dekat sini kerana menghidap asma.
Ibunya, seniwati Azean Irdawaty memberitahu, Benjy dimasukkan ke hospital itu pada Selasa dan tidak dibenarkan untuk menerima pelawat.
“Saya tidak tahu bila Benjy akan dibenarkan keluar kerana doktor masih memberikan rawatan dan melakukan pemeriksaan.

“Benjy juga perlu mengambil oksigen setiap empat jam atau apabila dia mengalami kesukaran untuk bernafas,” katanya.
Menurut Azean lagi, Benjy mendapat penyakit asma selepas berkahwin dan keadaannya bertambah teruk apabila dia ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor.

Benjy ditahan mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan dan Kawalan Khas) 1985 dan dibebaskan pada 17 Mac lalu.
Keadaan Benjy menyebabkan Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, menangguhkan perbicaraan kes dadahnya kepada Khamis.

Majistret Hafizza Sauni membenarkan penangguhan tersebut selepas peguam Amer Hamzah Arshad mengemukakan surat daripada hospital berkenaan yang mengatakan Benjy tidak sihat untuk menghadiri perbicaraan.

Pelakon Kerana Cintamu Saerah itu juga kerap batuk semasa menghadiri perbicaraan pada Selasa.
Benjy, 33, didakwa memiliki dadah jenis syabu seberat 0.14 gram di rumah beralamat C-13-6, Vista Mutiara, Jalan Vista Mutiara, Kepong Baru di sini pada pukul 3 petang, 11 Mac 2010.

Dia juga didakwa memiliki 0.24 gram dadah sama pada pukul 4 petang, hari yang sama di rumah nombor A-6-5, Menara Duta 2, Jalan 1/38B, Off Jalan Segambut, di sini.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Nurmadiana Mamat dan Noormawarni Abdul Halim.



.

2 Penyokong CHELSEA:

risa on April 20, 2011 at 2:52 PM said...

erksss...seb baik dia ada sikit je dadah2 tu..kalo banyak takyah tunggu asma dah kena gantung dah...adehh

fyna ahmad on April 20, 2011 at 4:45 PM said...

erk...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!