Dengan pendapatan RM15 sehari, kehidupan Mohd. Asmar Mohd. Noor, 39, sekeluarga ibarat ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.
Dia cuba mencari wang tambahan dengan bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran selepas waktu pejabat, namun upah RM12 sehari itu masih tidak mencukupi.
Isterinya, Noriza Abdul Rahman, 39, yang sebelum ini menjual kuih-muih, kini tidak lagi berbuat demikian berikutan kekurangan modal untuk meneruskan perniagaan.
Akibat kedaifan hidup, tiga anaknya iaitu Nurafini, 14; Nor Balqis, 12; dan Puteri Nuralya, 10, terpaksa berhenti sekolah kerana dia tidak mampu membiayai persekolahan mereka.
“Kini anak bongsu, Sumaiyah, 4, semakin membesar dan saya bimbang dia juga akan menerima nasib serupa dengan kakak-kakaknya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Dia dan keluarga sebelum itu menerima kunjungan ahli-ahli Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang menyumbang wang tunai dan barangan keperluan asas.
Sementara itu Presiden GPMS, Jais Abdul Karim berkata, pihaknya sudah menguruskan dokumen persekolahan ketiga-tiga anak Mohd. Asmar yang dijangka selesai minggu depan.
“Kami juga menerima berita bahawa sebuah syarikat sedia mengambil Mohd. Asmar untuk bekerja dengan pendapatan yang lebih baik,” ujarnya.
Beliau menambah, orang ramai yang mempunyai masalah kewangan untuk meneruskan persekolahan anak masing-masing boleh menghubungi Pusat Aduan GPMS di talian 04-2292710.
P/S - RM15? Sikitnya..ada blogger yang mencapai puluhan ringgit, bahkan ratusan ringgit sehari hanya dengan berblog...huhu
.
2 Penyokong CHELSEA:
thnx cik lulu singgah blog msred....klik iklan...
kesian masih ada lagi budak2 yang tak pergi sekolah kerana miskin,
harap dengan adanya bantuan dari GPMS dapat la mereka menuntut ilmu..
Post a Comment