Sunday, April 24, 2011

Mati terjun dari tingkat 36


Seorang bintang bola sepak Hong Kong yang ternama membunuh diri dengan terjun bangunan pangsapuri selepas bertengkar dengan isterinya, semalam.

Cheung Sai-ho, 35, dinobat sebagai pemain paling berharga Hong Kong pada 2003 dan pemegang rekod dunia - membuat jaringan untuk pasukan belia Hong Kong kira-kira 2.8 saat selepas perlawanan bermula dalam pertandingan Piala Portsmouth di Britain pada 1993. Pemain tengah berbakat yang bersara daripada bidang sukan pada 2008 itu terjun dari tingkap tingkat 36 pangsapuri kediamannya selepas bertengkar dengan isterinya, kata polis sebagaimana dipetik daripada akhbar South China Morning Post. Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.



.

3 Penyokong CHELSEA:

Shira Mary Jenn on April 24, 2011 at 3:15 PM said...

hmmm...dah ajal dia kan.

Pak Teh on April 24, 2011 at 4:28 PM said...

ramai yg ambil jalan singkat kerana ramai yg taktau cara menguruskan tekanan...matahariku cadangkan Lulu masukkan artikel mengenai pengurusan tekanan kerana blog Lulu ramai pengikut

Cikbintang on April 24, 2011 at 6:04 PM said...

sbb gado je..hurmmm

**ciklulu cek r email =_=

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!