Monday, April 4, 2011

Saya minta maaf...

Bapa angkat kepada murid yang dipukul sehingga meninggal dunia tidak menyangka individu yang menjemputnya untuk melihat keadaan anak angkatnya itu di hospital merupakan indivdu yang melakukan perbuatan tersebut.

Mohd Zamri Shafie, 40, seorang pekerja kilang simen berkata, ustaz tersebut yang menelefonnya sendiri pada pukul 1.40 pagi Jumaat lalu untuk memaklumkan bahawa anak angkatnya Saiful Syazani Saiful Sopfidee 7, telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah akibat mengalami sawan dan mengajaknya untuk melihat kanak-kanak tersebut.

"Pada mulanya saya tidak menyangka ustaz itu yang memukul anak saya sehinggalah beliau sendiri datang jumpa saya pada pagi hari Jumaat dan meminta maaf atas perbuatannya,” kata Mohd Zamri kepada pemberita di rumahnya di Jejawi dekat sini hari ini.

Saiful Syani, seorang anak yatim pada mulanya koma setelah dikatakan dipukul hampir dua jam oleh seorang ustaz yang berumur 26 tahun yang juga penyelia asrama di Sekolah Rendah Islam Al-Furqan di Jejawi.
Kanak-kanak tersebut kemudianya meninggal dunia di hospital pada 8.50 pagi semalam.



P/S - Boleh ke dimaafkan?



.

11 Penyokong CHELSEA:

Makbed on April 4, 2011 at 9:37 PM said...

iskk... speechless sungguh la. sampai nya hati.

Cikbintang on April 4, 2011 at 9:39 PM said...

haish..kata maaf snang d ungkapkn...

Hyun Ae on April 4, 2011 at 9:39 PM said...

mana boleh dimaafkan!kesian budak2 yg x bersalah tu...apa nak jadi la ngan dunia ni..

gadis kepastian on April 4, 2011 at 9:43 PM said...

xda gunanya nak mx maaf..budak 2 xboleh nak hidup lagi...takziah...

faisal on April 4, 2011 at 9:54 PM said...

perrrhhh..nak maaf yerk....mmmmmm...ikut pada mangsa

shahsyaz on April 4, 2011 at 9:59 PM said...

tq singgah di blog sy, :)

risa on April 4, 2011 at 10:05 PM said...

tak tau citer ni..tp kenapa budak tu kena pukul eh

eyjalukman on April 4, 2011 at 10:08 PM said...

haih ,
senang je minta maaf ,
bole bwk balik ke nyawa tu ?

Kancil 8349 on April 4, 2011 at 10:20 PM said...

beri hukuman yang setimpal berlandaskan undang - undang negara...

Biey on April 4, 2011 at 10:26 PM said...

walau geram sangat dengan ustaz tue, tapi rasanya setiap manusia berhak menerima kemaafan jika dorang benar2 maksudkannya..

Anonymous said...

maaf tiada guna lagi
nyawa telah melayang

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!