Monday, April 11, 2011

Tidak sedar rupanya dia dibelakang..

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut dilanggar kenderaan pacuan empat roda yang dipandu bapanya ketika mengundurkan kenderaan itu dari tempat letak kereta di kedai makan mereka di Batu 21, Bukit Ara, Ajil, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, Siti Nur Hazwani Khairul Azhar ditemui di bahagian bawah kenderaan itu dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata bapa mangsa, Khairul Azhar Abdullah, 46, tidak menyedari anak perempuannya berada di belakang kereta ketika mengundurkan kenderaannya.

“Selepas terdengar jeritan, barulah bapa mangsa menyedari beliau terlanggar sesuatu. Beliau kemudian memberhentikan kenderaan dan terkejut mendapati anak kecilnya berada di bawah kenderaan itu dalam keadaan tidak bernyawa.

“Dalam keadaan terkejut dan sedih beliau membawa kanak-kanak malang itu ke Hospital Hulu Terengganu, bagaimanapun disahkan sudah meninggal dunia.

“Bapa mangsa kemudian membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Hulu Terengganu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Manoharan berkata, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut.



.

4 Penyokong CHELSEA:

:: cikNuurul :: on April 11, 2011 at 8:48 AM said...

takziah bt klrga mgsa,.kjadian cmni la pling tkut klu pagi2 ank2 dh sbuk kluar rumah,.hurmm,.

Teratai Kayangan on April 11, 2011 at 9:07 AM said...

haizz..bab2 ckelsea ni x suke komen ni..haha..
bukit ara???dekay kg fiq tu..haha..(dekat la sgt)..

MizzTina on April 11, 2011 at 9:21 AM said...

takziah...

Fadzmie on April 11, 2011 at 10:46 AM said...

Takziah untuk keluarga mangsa. Sama-sama lah kita berdoa supaya kejadian macam ni tidak akan menimpa kita. Amin.

Fadzmie's Latest Entry : RUPANYA BERAS TIRUAN PUN ADA

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!