Saturday, April 30, 2011

SERU..


Filem: Seru
Pengarah: Woo Ming Jin, Pierre Andre Pelakon: Sharnaaz Ahmad, Cut Mutia, Azman Hassan, Nora Danish, Awal Ashaari, Pierre Andre, Qhaud, Dazrin, Murshid, Nabila, Nursyarifatun, Dewa Sapri, Mona Majid, Nisha Dirr, Along, Sufian Terbitan: Tayangan Unggul Sdn. Bhd. (TUSB) dan Hanamia Services Sdn Bhd
Tarikh Tayangan: 28 April 2011

SARAT babak ngeri dan mendebarkan, Seru yang menjengah pawagam 28 April lalu sememangnya menepati selera peminat ‘slasher horror movie’, bentuk filem yang agak baru di negara ini.

Menggabungkan dua pengarah muda, Woo Ming Jin dan Pierre Andre, sentuhan mereka wajar diberi pujian apabila satu persatu adegan dijalin sempurna hingga menyemarakkan ketakutan, namun pada masa sama tetap ingin mengetahui kronologi selanjutnya.

Sekali pun mengambil inspirasi daripada filem barat, Quarantine yang ditayangkan pada 2008, selain punya sedikit persamaan dengan Blair Witch Project disebabkan penggunaan syot serupa iaitu rakaman yang dijumpai, Seru ada keistimewaan.
Kisah satu malam itu menonjolkan sekumpulan petugas produksi yang sedang menjalani penggambaran di satu lokasi dan ia terpaksa dihentikan apabila penolong pengarah, Sari, diserang histeria manakala juru mekap, Julia, tiba-tiba berlari ke arah hutan.

Jurukamera, Sham serta Tony pula diarah mencari Julia dan semua kru yang diketuai Lina (Khatijah) selaku penerbit kembali semula ke rumah tumpangan. Tanpa disedari bermulalah kengerian sebenar apabila satu persatu kematian menyusul.

Terdahulu seorang lagi juru kamera, Jeff, lakonan Sharnaaz ditugaskan merakamkan segala kejadian bermula dengan histeria untuk dijadikan antara bahan promosi filem terbabit.

Akhirnya footage yang dirakamkan dua kamera termasuk satu lagi yang dikendong Sham (Dazrin) dan Tony (Qhaud) ketika mencari Julia (Cut Mutia) ditinggalkan sebagai bukti kematian mereka sendiri.

Jalan ceritanya pantas, malah 20 minit pertama sudah ditonjolkan babak pembunuhan apabila sutradara filem itu, Sam (Along Ezzendi) ditikam dari belakang oleh Seri yang dirasuk.

Tidak perlu mengupas bagaimana gadis itu kembali semula ke rumah tumpangan mereka sedangkan dia sudah dihantar ke hospital, syot kereta yang membawanya tersadai tidak jauh dari kediaman itu sudah menceritakan segala-galanya.

Walau kebanyakan pelakonnya terdiri daripada muka baru, penjiwaan setiap watak kepada emosi takut serta ngeri diserlahkan sebaik mungkin menerusi mainan kamera.

Paling menarik tentu saja watak Sam lakonan Along yang begitu menjadi. Walaupun kemunculan hanya seketika, dia berjaya memaparkan watak lelaki yang suka cakap lepas, sinis dan selamba. Begitu juga Sharnaaz yang tampak dominan dengan watak Jeff.

Apa yang pasti, Seru antara filem seram yang tidak wajar dilepaskan apabila debaran demi debaran menanti penonton.

Jika ada di antara babak sudah dapat dijangka, ia bukan kesalahan malah usah terlampau membandingkan filem ini dengan produksi barat kerana yang pasti Seru memang seram!




Lulu Caldina : Sebagai pencinta filem seram, lulu belum tengok..tapi adakah filem ini bakal menyeramkan lulu? give me more horror...ngee..


 
.

1 Penyokong CHELSEA:

Cikrosecute on April 30, 2011 at 8:08 PM said...

Salam Lulu..

Cam best jer filem seru ni...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!