Monday, April 25, 2011

Strategi pemasaran?


Penggunaan bintang filem lucah meningkat di Indonesia dengan kemunculan Sasha Grey dalam Pocong Mandi Goyang Pinggul terbitan syarikat produksi K2K yang akan mula ditayangkan di pawagam negara itu mulai 28 April ini.

Ia strategi pemasaran menarik bagi penerbit filem negara itu menarik minat penonton tempatan dengan kehadiran bintang porno luar negara.
Grey dijadual tiba di ibu negara Indonesia pada hari filem itu mula ditayangkan, lapor media Indonesia, kelmarin.

Sebelum ini, pelakon porno lain yang menunjukkan bakat mereka tanpa berbogel dalam filem negara Asia Tenggara itu termasuk ratu industri lucah Amerika Syarikat, Tera Patrick; bintang dari Jepun, Maria Ozama atau lebih terkenal dengan panggilan Miyabi; Rin Sakuragi dan Sora Aoi yang membintangi kisah seram Suster Keramas 2.

Produser filem Pocong Mandi Goyang Pinggul, KK Dheraj mengesahkan Grey akan tiba pada hari filem itu mula ditayangkan dan akan berada di Indonesia selama lima hari.

“Ya, dia akan tiba. Dia akan dikawal enam pengawal peribadi,” kata Dheraj yang turut mendedahkan bahawa pihaknya akan meletakkan 50 lagi pengawal bagi menjaga keselamatan Grey.
“Adalah dipercayai filem seram dan bentuk filem lain mendapat sambutan dengan kehadiran pelakon porno luar negara itu,” kata laman web akhbar Indonesia.

Indonesia dianggap bersikap sederhana dari segi peraturan bagi penduduknya yang beragama Islam di negara paling ramai Muslim di dunia itu. Tetapi, sejak beberapa tahun lalu, keadaan itu semakin berubah.

Sebuah kumpulan konservatif, Barisan Pertahanan Islam (FPI) yang mendakwa mempunyai 15 juta ahli, secara terbuka tidak setuju dengan kehadiran Grey di Indonesia.


FPI bersumpah untuk menghapuskan sebarang bentuk ‘dosa’ di Indonesia. Pendiriannya diperkuatkan dengan langkah pihak berkuasa meluluskan undang-undang antiporno pada 2008.

Tahun lalu, pemimpin pergerakan itu, Sahab Anggawi, menyuarakan pendirian itu kepada Miyabi dalam satu sesi rundingan.




.

5 Penyokong CHELSEA:

miss frog on April 25, 2011 at 2:09 PM said...

ish3x..

Axie04 on April 25, 2011 at 2:25 PM said...

x de idea la tu

Unknown on April 25, 2011 at 2:29 PM said...

kalau xde permintaan xkan la ada pengeluaran...kan..kan..kan...

Yatie Aab Khan on April 25, 2011 at 2:37 PM said...

macam2lah indon nie...patutlah selalu bala menimpa yaa :)

Yatie Aab Khan on April 25, 2011 at 2:41 PM said...

Cik lulu...saya tag awak dlm GA (My Life’s Story Blog First Giveaway) by Cik MY yaa...:)

http://mylifesstoryblog.blogspot.com/2011/04/my-lifes-story-blog-first-giveaway-is.html

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!