Wednesday, May 11, 2011

Apabila hilang kawalan


Lagi kemalangan melibatkan kenderaan berat berlaku. Kali ini ia mengorbankan tiga orang manakala lima lagi parah dalam nahas membabitkan 10 buah kenderaan termasuk treler 21 tan di Kilometer 1 Jalan Mahsan-Bahau, di sini hari ini.
Mangsa terbunuh ialah pemandu dan kelindan treler, Abd. Halim Omar, 33, dan Nordin Ahmad, 45, serta penunggang motosikal yang juga pelajar Kolej Komuniti Jempol,

Muhammad Izwan Noor Azman, 20. Kesemua mangsa mati di tempat kejadian.
Kemalangan berlaku pada pukul 11.20 pagi apabila treler membawa muatan kayu getah itu yang menuruni bukit dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar tepi sebuah kereta Proton Iswara yang berhenti di lampu isyarat simpang tiga jalan berkenaan.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, kenderaan itu kemudian merempuh dua buah lori tanpa muatan di hadapannya menyebabkan salah sebuah daripadanya melintang di tengah jalan.


Katanya, lori yang melintang itu kemudian melanggar enam kenderaan lain iaitu masing-masing sebuah Perodua Kembara, Proton Waja dan Wira, Toyota Avanza serta dua buah motosikal.
Tambahnya, ketika kejadian treler itu dalam perjalanan dari arah Mahsan ke Bahau.
“Abd. Halim dan Nordin masing-masing berasal dari Labis, Johor, manakala pelajar terbabit berasal dari Taman Keramat, Kuala Lumpur,” ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.


Katanya, mangsa yang parah ialah Mohd. Afiq Ghazali, 21, (pembonceng motosikal);
Mohd. Faiz Mohd. Nasarudin, 26, (penunggang motosikal); Loh Kim Hoon (tidak dikenal pasti), 34; Mohd. Ariffin Amat, 50, (pemandu Perodua Kembara) dan Mohd. Haidir Nordin, 20, (penunggang motosikal).
“Empat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Pilah untuk rawatan lanjut manakala Kim Hoon dirawat di Hospital Jempol.

“Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Jempol bagi tujuan bedah siasat sebelum dituntut waris masing-masing,” katanya.
Kata Mohd. Sabri, polis kini sedang menyiasat punca kejadian dan saksi kejadian diminta tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.




Counting to my birthday on 28 Mei..



.

3 Penyokong CHELSEA:

lalink7 on May 11, 2011 at 9:41 AM said...

chelsea dah kalah cik lulu..tuko le yg lain..ngeeeeeeeeeeeeeee...hahahahha

Al-fatihah kepada mangsa eksiden niee..takutnyee dengan sekelip mata sahaja boleh jadi camni..

Nauzubillah..

Lulu Caldina on May 11, 2011 at 9:49 AM said...

@lalink7 tak nakkkk... lagi nak beli jersey baru ni...ekeke

mOon EyEzS on May 11, 2011 at 11:48 AM said...

ngerinya....errrr..meremang bulu rOma...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!