Tindakan pantas seorang anak berjaya menyelamatkan ibunya daripada dipatuk ular tedung senduk sepanjang kira-kira satu meter yang memasuki rumah mereka di Kampung Banggol Chicar Kupang, dekat sini, kelmarin.
Kejadian berlaku pukul 9.15 pagi ketika Robeah Md. Dom, 82, sedang mengemas di bahagian dapur rumah sebelum haiwan tersebut tiba-tiba muncul di hadapannya.
Robeah yang melihat haiwan itu mengembangkan kepala, menjerit meminta tolong anak bongsunya, Mohd. Nasri Abdul Rahman, 45, yang berada di luar rumah.
Menurut Mohd. Nasri, sebaik sahaja mendengar jeritan ibunya, dia segera ke dapur dan terus menarik Robeah.
"Saya memukul ular berkenaan menyebabkan reptilia tersebut mula bertindak lebih agresif. Pada masa sama, seorang jiran, Abdul Rahim Abdul Rahman, 47, datang membantu sebelum dapat membunuh ular tersebut.
"Inilah kejadian pertama kali rumah kami dimasuki ular yang dipercayai masuk melalui bilik air dan syukurlah tiada kejadian tidak diingini berlaku," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.
Counting to my birthday on 28 Mei..
.
5 Penyokong CHELSEA:
takut nyerrr...sb umah pernah dimasuki ular tedung 2 kali!eerrkkss...mmg fobia la dgn ular sejak tu...
wahh promote bday
nak adiah pe ni lulu??
heheh
@nurkaloi DSLR yang selalu kaloi pegang..ekeke
cakap pasl ular.. same ah.. umah kita pun masuk ular tedung tu paras kepale je.. sebab di melingkar kat rak cawan.. nasib baik bunyik die kuat. otomatik lompat.. besar lengan budak umur 5tahun. kitorg ketok gune buluh and baling garam kasar.. huhu
mas mOon kecik dulu pernah la disapa ulaQ tedung...nak cerita kat sini kang panjang sangat...hehehe...nanti senang2 mOon buat entri pasal ni...
Post a Comment