Selepas tiga tahun menjalin percintaan, pengacara dan pelakon, Cheryl Samad mengakhiri zaman gadisnya apabila diijabkabulkan dengan pengarah dan penerbit, Ng Ping Ho pada 30 April lalu. Mereka disatukan di kediaman keluarga Cheryl di Seremban, disusuli majlis persandingan di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor pada 1 Mei.
Cheryl, 31, ketika dihubungi berkata, mereka tidak berniat merahsiakan perkahwinan itu daripada umum, sebaliknya memilih mengabadikan hari bersejarah bersama keluarga terdekat.
“Kami cuma menurut permintaan keluarga yang menginginkan majlis pernikahan dan perkahwinan dilangsungkan secara sederhana serta tidak terlalu digembar-gemburkan.
“Sebenarnya, saya dan suami merancang untuk mengumumkan berita pernikahan kami kepada semua pada minggu depan.
“Bagaimanapun, niat itu tidak menjadi kenyataan apabila ada yang terlebih dulu menghidu berita ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan kami kini sedang menyesuaikan diri untuk memulakan hidup sebagai suami isteri,” katanya.
Pengacara Muzik Muzik itu berkata, beliau berkenalan dengan pengarah drama bersiri, Ghost dan Table For Two itu pada 2002 namun bibit percintaan mereka berputik sejak tiga tahun lalu.
Hanya awal tahun ini mereka merancang untuk mengakhiri cinta itu di jenjang pelamin dan tarikh 30 April dipilih kerana kebetulan kesemua ahli keluarga bercuti panjang.
.
2 Penyokong CHELSEA:
xsangka..:)
x tersangkanye..hu2..mudah2han jodoh
berpanjangan -)
Post a Comment