Rakannya Mohd Zawari Zain, 31, yang pergi ke rumah Khaw Sui Liong, 54, terkejut apabila mendapati lelaki itu dalam keadaan kaku.
Selepas gagal menghubunginya, Mohd Zawari berkata beliau dan seorang lagi rakan terpaksa pergi ke rumah Khaw 5.30 petang untuk melihat keadaan dan terkejut apabila mendapati lelaki itu ditemui tertiarap dan tidak bergerak di atas tilam.
"Saya melihat beliau dalam keadaan tertiarap tidak bergerak di atas tilam, manakala udara di sekitar bilik berbau busuk. Tetapi saya dan rakan tidak berani memegang mangsa kerana disangka sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui hari ini.
Menurutnya, selepas menghubungi polis, dua anggota polis bersama sepasukan anggota perubatan dari Hospital Tuanku Fauziah (HTF) yang memasuki rumah terbabit, mengesahkan mangsa masih hidup.
"Anak saudara lelaki itu yang dikenali sebagai Kent Khaw, yang sedang menuntut dalam bidang perubatan di sebuah kolej perubatan di Sungai Petani, bertindak memberi bantuan penafasan dan mendapati mangsa masih bernafas.
Mohd Zawari berkata, Sui Liong yang bekerja sendiri, penghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, dipercayai pengsan sejak dua hari lalu tanpa disedari oleh jiran.
Mangsa yang berada dalam keadaan koma mengalami kecederaan di bahagian pipi dan mata dipercayai terjatuh di dalam rumah terbabit telah dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk menjalani rawatan malam tadi.
.
1 Penyokong CHELSEA:
huu..pengsan yang menjadi koma..
Post a Comment