Tuesday, May 24, 2011

Kotak coklat berentuk hati

Lindsay Lohan mendapat arahan sekatan sementara ke atas seorang lelaki dikatakan menghantar mesej teks dengan kandungan seolah-olah mereka mempunyai hubungan romantik, kata seorang jurucakap mahkamah.

David Cocordan meninggalkan kotak coklat berbentuk hati di luar rumah Lohan dan artikel majalah mengenai aktres itu bersama namanya sendiri diconteng di atasnya, kata Lohan dalam satu dokumen mahkamah.

Dia menghubungi menerusi panggilan telefon dan mesej teks aktres “Freaky Friday” berusia 24 tahun itu lebih 100 sejak 2009, menurut dokumen mahkamah.

Seorang hakim Mahkamah Tinggi di sini meluluskan arahan sekatan ke atas Cocordan dan menetapkan 8 Jun ini untuk sebutan bagi memutuskan jika ia akan kekal.

Cocordan tidak dapat dihubungi untuk mengulas.

Polis percaya Cocordan menghidap skizofrenia dan tidak mengambil ubatnya, kata Lohan dalam dokumen itu. Dia percaya dirinya bertunang untuk berkahwin dengan aktres itu dan menghantar mesej lucah berbentuk seksual.

Lohan, pernah dianggap bakat paling meningkat Hollywood, dijatuhi hukuman penjara empat bulan selepas mengaku bersalah mencuri rantai leher berharga AS$2,500 (RM7,655) dari sebuah kedai barang kemas di sini.
Dia dijangka hanya menjalani 16-17 hari hukumannya, kemungkinan di dalam tahanan rumah bermula pertengahan Jun ini.

Berita mengenai Lohan jarang keluar selama empat tahun berikutan hukuman berulang kali ke penjara, rawatan pemulihan dadah dan bilik mahkamah.




.

1 Penyokong CHELSEA:

risa on May 24, 2011 at 11:50 AM said...

erkksss ape tuh

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!