Dunia gusti antarabangsa kehilangan bintang besarnya selepas Randy "Macho Man" Savage yang terbunuh dalam kemalangan kereta di Lebuh raya Florida pada usia 58 tahun, kelmarin.
Abang Savage, Lanny Poffo, memberitahu TMZ.com bahawa bekas bintang gusti World Wrestling Entertainment (WWE) itu diserang sakit jantung sebelum gagal mengawal keretanya lalu melanggar pokok.
Isteri Savage yang memiliki nama sebenar Randy Mario Poffo, Barbara Lynn Poffo turut berada dalam kereta tersebut ketika kemalangan berlaku, namun hanya mengalami kecederaan ringan.
Savage mempunyai kontrak dengan WWE dari 1985 hingga 1993 dan bintang gusti itu pernah menjadi jurucakap kepada produk snak popular, Slim Jim sekitar 1990an.
Hulk Hogan antara bekas ahli gusti terawal yang mengucapkan takziah atas kemalangan yang melanda menerusi Tweeter, sebaik mendapat tahu mengenai berita kematian Savage. "Beliau menyimpan kehidupan yang besar menerusi mata dan semangatnya, saya mendoakan beliau gembira dan berada di tempat yang lebih baik, kami akan merinduinya,'' kata Hogan.
Duane Johnson atau lebih dikenali sebagai "The Rock" pula menyifatkan Savage sebagai inspirasi dan wiranya ketika zaman kanak-kanak.
Savage pernah menjadi juara Persekutuan Gusti Dunia dan Kejohanan Gusti Dunia, sebelum mengikat kontrak bersama WWE. Dia kemudian muncul juara WWE dan Kejohanan Antara Benua.
"Takziah kami keluarga dan rakan-rakan rapat beliau. Kami juga mendoakan isteri beliau, Lynn cepat sembuh,'' menurut WWE dalam satu kenyataan.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment