Tuesday, May 17, 2011

Perbuatan cemar agama bercanggah ajaran Islam

Perbuatan empat beranak berjubah putih dan berkopiah sambil melaungkan takbir sebelum menyamun menggunakan parang disifatkan boleh mencemarkan imej Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, tindakan individu berkenaan bercanggah dengan ajaran Islam selain mencemar kesucian Islam. “Islam tidak ajar begitu... agama kita mengamalkan aman damai serta tidak ada huru-hara.

“Kita tidak ambil undang-undang sendiri, ada cara dan dakwah Islam sendiri.
“Berikutan itu, jangan membuat sebarang andaian kerana ia mencemarkan imej orang yang memakai jubah sedangkan yang melakukan perkara seumpama itu hanya segelintir,” katanya.

Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai kes empat beranak berperwatakan alim dengan berjubah putih dan kopiah bertukar ‘syaitan’ apabila masing-masing bersenjatakan parang menyamun stesen minyak di Bandar Permas Jaya, jam 1.30 tengah hari, Sabtu lalu.

Dalam kejadian itu, empat beranak terbabit yang dikatakan pernah mencuri di premis sama dua kali Jumaat lalu, bertindak lebih ganas apabila cuba mengelar leher pengusaha stesen minyak berkenaan.



Counting to my birthday on 28 Mei.. 


.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!