Thursday, May 26, 2011

Perkahwinan satukan dua bekas pesakit mental


Cinta bukan sekadar buta, malah perasaan itu boleh hadir dalam diri sesiapa sahaja tidak mengira tempat sekalipun di rumah sakit mental.
Buktinya, bekas pesakit mental, Alan Sin, 43, dan Susan Gomo, 39, semalam akhirnya disatukan melalui ikatan perkahwinan yang sah setelah berkenalan di Rumah Persatuan Penyakit Mental (MHA) Kota Sentosa di sini 16 tahun lalu.

Kata Alan, ketika menjalani rawatan ekoran mengalami tekanan perasaan dan gangguan emosi di rumah berkenaan, dia langsung tidak terlintas jodohnya turut berada di situ dan menghadapi masalah yang sama dengannya.
Bagaimanapun dia mengakui, sebaik sahaja mengenali Susan, perasaan suka pada gadis itu mula bercambah dari hari ke hari namun dia tidak pernah meluahkan apa yang dirasakannya.

"Susan memerlukan seseorang yang boleh menyokong dan menjaganya, sedangkan ketika itu, saya bukanlah lelaki yang layak untuknya.
"Sebab itu, saya bertekad untuk memulihkan diri dan membina hidup baru sebelum mengambil Susan sebagai isteri yang sah," katanya ketika ditemui pada majlis perkahwinan mereka yang disambut dalam suasana meriah hasil inisiatif Penasihat MHA, Datuk Wee Hong Sen di sini malam tadi.

Alan yang pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan setelah disahkan pulih sepenuhnya pada 2002 berkata, dia bergelut dengan penyakit mental selama 25 tahun sehingga menyebabkan dia berazam untuk melupakan kisah silam dan membina hidup baru bersama Susan.

"Apa yang kami lalui sangat mencabar dan saya mahu ia menjadi teladan kepada semua orang," katanya.





.

2 Penyokong CHELSEA:

harrazdani on May 26, 2011 at 11:44 AM said...

semoga berbahagia ttp perlukan pengawasan rapi ke atas pasangan ini...

Unknown on May 26, 2011 at 11:50 AM said...

bagusnya lelaki tu..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!