Majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-32 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rembau dekat sini, diselubungi cemas seketika apabila Pengerusi Ahli Jemaah Pengarahnya, Abdul Wahab Gawa, 66, tiba-tiba rebah dan hampir pengsan semasa berucap.
Bagaimanapun, selepas beberapa jam dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja'afar, beliau akhirnya meninggal dunia pukul 7.10 petang ini.
Sebelum kejadian, Abdul Wahab sedang berucap pada majlis yang turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin di Dewan Sri Rembau.
Abdul Wahab tiba-tiba tidak stabil dan hampir rebah sebelum dipegang oleh ADUN Kota, Datuk Dr. Awaludin Said dan ADUN Chembong, Zaifulbahri Idris yang berada paling hampir dengannya.
Mohamad dan Khairy turut sama mengiringi Abdul Wahab yang diusung oleh Awaluddin, Zaifulbahri dan orang ramai untuk dihantar segera ke Klinik Kesihatan Rembau.
Menurut Awaluddin, Abdul Wahab mengadu tidak berapa sihat dipercayai akibat tekanan darah tingginya naik mendadak.
Abdul Wahab yang berada dalam keadaan separa sedar kemudian dihantar ke HTJ dan dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung (CCU).
Mesyuarat agung itu kemudian diteruskan tanpa ucapan perasmian oleh Mohamad dan dihadiri oleh kira-kira 500 perwakilan.
Dalam pada itu, anak sulungnya, Mohd. Azreen Abdul Wahab, 39, berkata, jenazah bapanya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nerasau selepas solat Jumaat esok.
Tambah Mohd. Azreen, ayahnya itu mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Counting to my birthday on 28 Mei..
.
4 Penyokong CHELSEA:
miss lulu : innalillah...salam takziah buat keluarga arwah...
Al-fatihah~
Happy birthday in advance Lulu ! :)
erkk takutnya....opis eka belum buat mesyuarat agung lagi..bulan 6 nanti..awal pulak ppk rembau buat
innalillah...alfatihah
ramai betul org meninggal sesak nafas sekarang ni:(
Post a Comment