Friday, May 20, 2011

‘Saya sudah selamat berkahwin sekarang... tolong jangan cari saya”


‘Saya sudah selamat berkahwin sekarang... tolong jangan cari saya,” demikian SMS pertama dihantar pegawai bank, Roslina Awang Kechik, 37, kepada suaminya, Jumaat lalu, sejak dilaporkan hilang pada 22 April lalu.

Bagaimanapun, sebaik SMS itu diterima, suaminya, Sabri Man, 38, cuba menghubungi semula nombor itu beberapa kali, termasuk menghantar SMS kerana mahu mendengar daripada mulut Roslina sendiri, namun tidak dibalas sebelum telefon bimbit isterinya itu dimatikan.

“Saya pasti SMS itu bukan daripada Roslina berdasarkan ayat digunakannya, sebaliknya saya percaya ditulis lelaki yang menculik isteri saya.

“Bagaimanapun, sekiranya perkara diungkapkan itu benar, saya mahu mendengar daripada mulut Roslina sendiri sebelum sesuatu tindakan diambil.

“Secara logiknya, kenapa perkara sebegitu penting hanya dimaklumkan menerusi SMS dan bukannya bersemuka. Saya tegaskan, kami masih pasangan suami isteri dan Roslina tidak boleh berkahwin lain,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Berita Harian sebelum ini melaporkan kehilangan kakitangan bank itu selepas keluar rumah menuju ke pejabatnya di Dataran Maybank, Bangsar.

Sabri berkata, sejak kehilangan isterinya sebulan lalu, kehidupan mereka sekeluarga sepi terutama anak bongsunya berusia lapan tahun yang sering memanggil ibunya.
“Suami mana tidak sedih, isteri hilang begitu saja tanpa sebab. Malah, rumah tangga saya sebelum ini tidak dilanda sebarang masalah yang boleh menjadi punca Roslina melarikan diri.

“Saya cuba menjalankan tugas sebagai suami merangkap ibu sebaik mungkin untuk tiga anak saya walaupun dalam keadaan tertekan kerana saya tidak mahu anak terasa kehilangan ibu mereka,” katanya.

Beliau berharap individu yang menjadi dalang kehilangan isterinya itu melepaskan Roslina segera supaya dapat kembali ke pangkuan keluarga bagi menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anaknya.




Counting to my birthday on 28 Mei..


.

7 Penyokong CHELSEA:

C`ayob.com on May 20, 2011 at 8:35 AM said...

aku ingat kau tadi lulu.. "sya dah kahwin...tolg jangan cari sya"...waaaa bahaya c lulu ini...heheh..

Lulu Caldina on May 20, 2011 at 8:39 AM said...

@cayob eh gosip jer tu..ekeke

fRaMe+LenSeS on May 20, 2011 at 8:53 AM said...

shiannya.. :(

Unknown on May 20, 2011 at 9:01 AM said...

apa la punya penculik..x baik la buat camni...

Unknown on May 20, 2011 at 9:16 AM said...

saper kater pOpan xleh kawen 2... ehehehee :p

risa on May 20, 2011 at 10:21 AM said...

alahaiiii...takutnya zaman sekarang ni somi org ngan isteri org dan sebaliknya
semoga kite semua dilindungi
harap2 ibu dan isteri ini dilindungi oleh ALLAH
aminnn

Unknown on May 20, 2011 at 11:56 AM said...

@risa

eheheh... kak risa..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!