Wednesday, June 15, 2011

Mari bergambar denganku


Wanita Pertama AS, Michelle Obama mengenakan bayaran AS$10,000 (RM30,329) setiap seorang kepada sekumpulan pembida kaya untuk bergambar bersamanya dalam satu majlis makan tengah hari di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Majlis tersebut yang dihadiri oleh 500 pembida itu bertujuan mengumpul dana bagi membantu kempen politik suaminya, Presiden Barack Obama menjelang pilihan raya Presiden 2012.
Wanita pertama AS berkenaan dilaporkan berjaya mengumpul sebanyak AS$5 juta (RM15.1 juta) dengan hanya mempamerkan senyumannya dalam sesi bergambar bersama pembida-pembida terbabit.

Obama pula dijadual berucap di Pusat Arsht di Pantai Miami semalam, sebelum menghadiri satu majlis makan malam tertutup di lokasi sama.
Majlis makan malam di sebuah kediaman peribadi itu turut diadakan untuk mengumpul dana kempen politik Obama.

Presiden AS berusia 49 itu mengumumkan hasratnya mentadbir AS untuk penggal kedua pada Februari lalu.
Setiap tetamu dikenakan bayaran sebanyak AS$35,800 (RM108,529) untuk makan malam bersama presiden AS berkenaan.



.

3 Penyokong CHELSEA:

syarifahsidrus on June 15, 2011 at 2:45 PM said...

oh, tak perlu lah kot nak berhabis untuk dia!haahaa

bombay on June 15, 2011 at 3:05 PM said...

gyle..30 ribu??macam boleh buat..hehe..

Unknown on June 15, 2011 at 3:49 PM said...

wowwww...5 juta just ngan senyum je...masyuk masyukkkk...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!