Tuesday, June 7, 2011

Maut tercampak


Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas tercampak kira-kira 25 meter dari kenderaan dinaiki selepas terbabit kemalangan di Kilometer 404.7, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan, dekat Lembah Beringin, di sini, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.10 pagi apabila mangsa, Keshor Kumar, 30-an yang menaiki Proton Wira Aeroback dipandu rakannya dalam perjalanan pulang bercuti dari Pulau Pinang ke Subang terbabas lalu merempuh penghadang jalan.

Dua rakannya yang parah dan kritikal dihantar ke Hospital Ipoh untuk menerima rawatan susulan.
Sementara mayat mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata kenderaan dipandu rakan mangsa berpusing beberapa kali sebelum melanggar besi penghadang lebuh raya.

Katanya, kenderaan itu terpelanting ke arah laluan bertentangan sebelum terkena sebuah kenderaan lain dan lori yang melalui jalan itu.

“Bagaimanapun, tidak ada kecederaan dialami pemandu dua kenderaan itu. Ketika kejadian cuaca cerah.

“Mangsa mati di tempat kejadian akibat pendarahan teruk di kepala selepas tercampak dari keretanya,” katanya.
Beliau berkata, mangsa dan dua rakan lain pekerja di sebuah syarikat pembinaan di ibu negara.

Katanya, kejadian disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.




.

5 Penyokong CHELSEA:

bersama kak Es on June 7, 2011 at 10:16 AM said...

Dengar eksiden pun meremang bulu roma... trauma betul

HAFIZAL on June 7, 2011 at 10:19 AM said...

ngeri lah

Niena Muhammad on June 7, 2011 at 10:19 AM said...

erk... dlu pernah naik keta berpusing cmtu,tpi syukur masih selamat..

HAFIZAL on June 7, 2011 at 10:20 AM said...

ooo.....chelsea2

Liza @ Adzriel AB on June 7, 2011 at 11:23 AM said...

hati2 drive

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!