Friday, June 3, 2011

Nur Zety, semoga sembuh..


Usianya baru empat tahun tetapi dugaan yang dihadapinya sangat berat untuk ditanggung oleh kanak-kanak semuda itu.

Sejak Nur Zetty Mohd. Zakri terlantar di rumahnya sejak empat bulan lalu, ibunya, Zahrah Jamian, 27, tidak kering air mata melihat keadaan anaknya itu.
Dia sangat-sangat berharap anaknya itu dapat sembuh seperti sedia kala kerana tidak sanggup melihat keadaan anaknya terus terlantar dan kaku.

Katanya, Nur Zetty merupakan seorang yang aktif dan sentiasa gembira semasa sihat dan melihatkan anaknya itu kini hanya terlantar lesu tidak bermaya di katil membuatkan hatinya sangat pilu.
"Selepas tiga bulan dilahirkan, Zetty ada mengidap penyakit sawan selepas mendapat suntikan imunisasi. Selama ini, dia selalu diserang sawan tetapi secara tiba-tiba empat bulan lalu, dia sudah tidak boleh bangun dan terus terlantar begini.

"Doktor memberitahu bahawa dia mengidap Dravet Syndrom dan mungkin perkembangan pertumbuhannya akan merosot," katanya dalam nada suara yang perlahan ketika ditemui di rumahnya di Flat Sri Sabah, Cheras di sini.

Sementara itu, bapa Nur Zetty, Mohd. Zakri Simon, 35, berkata, anaknya terpaksa melalui banyak pemeriksaan seperti pada mata, mulut dan saraf.
Menurutnya, doktor berkata, pada masa ini, anaknya itu perlu dipantau untuk mengetahui perkembangan kesihatannya.

"Saya harap pada pemeriksaan seterusnya, doktor akan mengetahui apakah penyakit Zetty dan cara-cara untuk merawatnya.
"Kami mahu dia sembuh semula dan berharap pihak yang prihatin dapat membantu kami," katanya yang bekerja sebagai tukang masak.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga Nur Zety boleh menghubungi Zahrah di talian 012-6990756.




.

1 Penyokong CHELSEA:

syawalsimpsons on June 3, 2011 at 3:01 PM said...

sedeynyer baca..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!