Saturday, June 4, 2011

Pemotong pokok jatuh bersama bakul kren semasa memotong dahan

Seorang pemotong pokok cedera parah selepas terjatuh bersama bakul sebuah kren pada ketinggian 21.3 meter semasa memotong dahan pokok di Jalan Raja Syed Alwi, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Abdul Rahman Noordin berkata kejadian berlaku pukul 11.15 pagi ketika mangsa, Zarul Zainul Abidin, 24, bersama seorang rakannya sedang melakukan kerja memotong pokok menggunakan kren itu.

Bakul kren itu dipercayai terjatuh bersama kedua-dua pekerja itu apabila penyangkutnya tercabut daripada kren.

Beliau berkata, Zarul mengalami pendarahan pada otak, patah kaki kiri dan tulang rangkanya manakala rakannya yang tersangkut di dahan pokok dapat diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

``Mangsa yang parah itu kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Kedah manakala operator kren berusia 59 tahun ditahan sebelum dibebaskan atas jaminan polis,'' katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya Zarul dan rakannya adalah pekerja sebuah projek tapak perumahan yang ditugaskan untuk memotong dahan pokok yang rendang di jalan itu.

Polis turut merampas kren tersebut dan bakul yang digunakan untuk memuat dua pekerja itu.




.

1 Penyokong CHELSEA:

fRaMe+LenSeS on June 4, 2011 at 8:56 AM said...

sakitnya.. T.T shian dia

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!