Karnival Bank Rakyat Cintai Alam di Dataran Shahbandar di sini hari ini mencatat rekod dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) menerusi pembuatan keropok lekor sepanjang 479.4 meter.
Pengarah Urusan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat), Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata, pembuatan keropok lekor terpanjang itu adalah antara keunikan penganjuran kali ketiga karnival berkenaan di sini, selepas Melaka dan Kedah pada April dan bulan lalu.
Beliau berkata, keropok lekor yang dibuat hari ini mengetepikan rekod MBOR yang dicatatkan pada 2006 sepanjang 300 meter.
"Kita gembira dan berbesar hati kerana penganjuran kali ini mencatat rekod dalam MBOR. Kita berterima kasih kepada pengusaha keropok lekor yang mengambil bahagian dalam acara ini,” katanya kepada pemberita pada hari terakhir karnival itu yang berlangsung selama dua hari.
Turut hadir Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Adzlan Mohd. Dagang dan wakil MBOR, Leona Paul.
.
2 Penyokong CHELSEA:
waahh..keropok lekor..bestnye!! like3.. :D
morning lulu~ :)
Jom Terjah Sini :)
fuiyo..panjangnya...jenoh nak makan...
Post a Comment