Wednesday, June 15, 2011

Tinggal sehelai sepinggang akibat kebakaran..


Dua buah keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka yang terletak bersebelahan musnah dalam kebakaran di Kampung Paroi di sini, malam semalam.

Mangsa, Roslan Marduni, 49, berkata, ketika kejadian pukul 11.30 malam, dia bersama isteri dan tiga anaknya sedang tidur sebelum dikejutkan oleh jeritan saudaranya yang tinggal di rumah sebelah.

Roslan yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, sejurus keluar, dia melihat rumah tersebut terbakar.

"Saya juga lihat beberapa anak saudara saya keluar menyelamatkan diri. Api yang marak itu kemudian merebak ke rumah saya.

"Saya sedih kerana tidak dapat menyelamatkan dokumen berharga dan pakaian yang dibeli untuk menyambut Aidilfitri," katanya ketika ditemui di sini, malam semalam.

Ujar Roslan, ketika kejadian, bapa saudaranya berusia 80 tahun tiada di rumah kerana bekerja sebagai pengawal keselamatan di daerah itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Jaafar Yusof berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan awam, pada pukul 11.30 malam.

"Sebanyak tiga jentera masing-masing dua dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang dan satu dari Rahang dikerah memadam kebakaran dan jumlah kerugian dan punca sebenar kejadian masih disiasat," katanya.

Sementara itu, kerajaan negeri mengumumkan bantuan RM500 kepada setiap keluarga selain menyediakan penempatan sementara buat mereka di Flat Sri Perdana dekat sini.

Turut menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mangsa yang terlibat adalah Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau.





.

2 Penyokong CHELSEA:

Nazzue on June 15, 2011 at 12:08 PM said...

Minta simpang benda nie jadi kat diri...Amin...

Lepak sambil bersantai di NazZue.com
Entri terkini: Aku Share, Korang Fikir

Unknown on June 15, 2011 at 4:07 PM said...

cemana la raya diorg thn ni kan...semua dah hangus huhuhu...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!