Wednesday, June 15, 2011

Bangsal jadi tempat berteduh


Sedih dan pilu! Itulah perasaan yang dapat digambarkan sejurus melihat kehidupan seorang wanita, Fatimah Mat Amin, 53, bersama dua anak, menantu dan lapan cucunya yang kini terpaksa tinggal di sebuah bangsal di Kampung Telong di sini.
Ruang yang sempit, beratapkan plastik terpakai serta berdinding dan berlantaikan kayu buruk sudah pasti tidak mampu untuk memuatkan lebih 10 orang di dalam bangsal yang tidak dilengkapi sebarang kemudahan asas itu.

Setiap kali menjelang malam sebahagian daripada mereka akan tidur di atas pangkin di luar bangsal biarpun ada di antaranya masih kecil dan jika hujan, keluarga ini terpaksa merayu simpati jiran untuk menumpang teduh.
Bagaimanapun nasib mereka terbela apabila UMNO Bahagian Bachok berjanji akan cuba sedaya upaya untuk membina rumah baru di bawah program Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dalam tempoh terdekat.

Naib Ketua UMNO Bahagian Bachok, Mohd. Zain Yassin berkata, pada ketika ini, pihaknya akan membina rumah sementara untuk keluarga tersebut berteduh dan mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Permohonan untuk mendapatkan rumah di bawah PPRT telah dibuat dan kita akan cuba sedaya upaya untuk membantu mereka sekeluarga. Keluarga ini hanya baru pulang ke kampung halaman mereka beberapa bulan lalu,” katanya ketika ditemui selepas melawat keluarga tersebut di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Fatimah berkata, bangsalnya akan menjadi sesak setiap kali cuti sekolah apabila anaknya, Mohamad Yasok, 32, bersama isteri, Hamidah Omar, 31, dan tujuh anak mereka yang berusia setahun sehingga ke 12 tahun pulang ke kampung.
“Sebelum cuti sekolah, bangsal kami hanya diduduki oleh saya bersama seorang lagi anak, Omar, 22, serta anaknya yang berusia tiga tahun. Kami tidak mampu untuk membina rumah kerana Omar hanya bekerja sendiri dan seorang duda.

“Mohamad pula mengalami tekanan mental sejak kematian suami saya, Yasok Awang. Ketika sesi persekolahan mereka menumpang di rumah saudara di Gunong untuk memudahkan cucu-cucu saya ke sekolah,” katanya.
Katanya, anak sulungnya hanya mengambil upah menanam pokok atau pun membersihkan kebun dengan pendapatannya tidak seberapa untuk membantu membina rumah.




P/S - Di negara sendiri pun ramai lagi yang hidup susah, tapi yang hairannya, rakyat kita selalu teruja 'membantu' rakyat negara lain... Cuba tengok kat rumah, ada tak makanan atau pakaian yang berlebihan? Sedekahlah dengan orang2 sebegini..




.

1 Penyokong CHELSEA:

Anonymous said...

Setuju dengan lulu

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!