Kegembiraan seorang wanita yang baru seminggu bergelar nenek untuk melawat anak dan cucunya bertukar malang apabila dia cedera parah selepas terjatuh ditendang peragut yang meragut beg tangannya ketika menunggang motosikal di Lundang di sini kelmarin.
Akibat kejadian itu, pembantu taman asuhan kanak-kanak (Taska), Che Rahimah Dollah, 44, yang dalam perjalanan ke rumah anaknya di Telipot patah tangan kanan, patah sebatang gigi, cedera di kepala dan terpaksa menerima 10 jahitan.
Dalam kejadian pada pukul 7.15 pagi di Jalan Yahya Petra berhampiran Kompleks Balai Islam di Lundang, Che Rahimah telah diragut oleh dua lelaki menunggang motosikal yang telah mengekorinya.
Sebaik terjatuh dari motosikal, mangsa terus pengsan sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Ketua Polis Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, sebelum kejadian mangsa yang menunggang motosikal berseorangan dari arah Kubang Kerian dipercayai telah diekori dua lelaki bermotosikal selepas suspek melihat beg tangan mangsa diletakkan dalam raga motosikal.
“Semasa suspek cuba merampas beg tangan dalam raga, mangsa cuba menarik balik beg tangannya itu.
“Geram dengan tindakan mangsa yang tidak mahu melepaskan beg tangan itu, suspek yang membonceng motosikal itu kemudian menumbuk mangsa sebelum menendang pula motosikal mangsa menyebabkan mangsa terjatuh dan pengsan,” kata beliau ketika ditemui pemberita semasa melawat mangsa di HRPZ II petang semalam.
.
4 Penyokong CHELSEA:
kesian mak cik ni...pagi2 lagi dah ada peragut
sekarang ni macam2 boleh jadi...kene berhati2...diorang takde hati perut...kalau jadi kat mak diorang sendiri macam manela kan?
bila manusia bersifat binatang...tulah jadinya. Kesian kat mak cik tu...
berhati-hati terutama kaum perempuan.. patutnya jangan nak bergaya sangat bawa beg yang besar dan berjenama sandang kat bahu.. snang peragut nak sentapp.. bawa lah yang macam purse kan.. letak kat poket.. ehehe
kalau nak bawa beg yang besar juga pun, dalamnya tak perlu bawa banyak wang.. kad kredit adalah satu alternatif...
p/s: pesanan, kalau peragut dah nak ragut, lepaskan lah beg.. jangan cuba melawan.. alamat kalau bukan lebam2 kena belasah, kematian juga lah bila kena tikam.. hati2..
Post a Comment