Semalam, tengok chelsea main, walaupun persembahan kurang memberansangkan, namun, lulu puas hati sebab chelsea beraksi di tanah air kita... Dan lulu bangga, penyokong-penyokong chelsea tidak menukar stadium bukit jalil menjadi stadium luar negara seperti yang terjadi ketika malaysia menentang arsenal dan liverpool..
Lautan biru, bercampur kuning, agak rata dan terasa masih di negara sendiri ;p
Semua nak tanya, lulu gi stadium ke malam tadi..
Yer, lulu memang penyokong fanatik the blues..
Tapi dah bagitau sejak tahun lepas, lulu tak dapat tengok game malam tadi diatas sebab-sebab yang tak dapat dijelaskan.. Frust, sebab ini kali kedua terlepas.. Semoga jika ada peluang ketiga kalinya, lulu akan berjaya melihat mereka LIVE, insya Allah.. Besar harapan woo.. Semalam tengok melalui stadium astro jer...
Melekat 90+4 minit depan tv... :)
tahniah chelsea, bagi lulu gol tu memang masuklah :)
Lebih 80,000 penyokong memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan perlawanan persahabatan antara skuad Pilihan Malaysia menentang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea di sini, semalam.
Jumlah itu menyamai kehadiran pada perlawanan skuad Harimau Malaya menentang Liverpool di venue yang sama Sabtu lalu.
Jumlah kehadiran kedua-dua perlawanan tersebut jauh lebih tinggi berbanding aksi kelab Liga Perdana Inggeri, Arsenal yang menentang skuad K. Rajagobal di stadium yang sama Rabu lalu iaitu 65,000 orang.
Peminat fanatik Blues mula memenuhi tempat duduk stadium seawal pukul 6 petang, sekali pun perlawanan bermula pukul 8.45 malam.
Kali terakhir Chelsea mengadakan kunjungan ke negara ini pada Julai 2008, dengan perlawanan persahabatan berkesudahan berpihak kepada Blues 2-0 di Stadium Shah Alam.
Kehadiran Blues yang dalam Siri Jelajah Asia di bawah bimbingan jurulatih baru, Andre Villas-Boas membuka peluang lebih luas kepada penyokong setia Chelsea di negara ini, memandangkan perlawanan diadakan di Stadium Nasional dengan kapasiti tempat duduk yang lebih besar berbanding di Stadium Shah Alam.
Sambutan luar dugaan dipamerkan penyokong Chelsea terserlah dengan suasana gamat di Stadium Nasional dengan jeritan penyokong terutama apabila barisan pemain bintang Blues memasuki padang.
Namun, dalam keasyikan menyaksikan bintang antarabangsa Chelsea, sorakan dan sokongan padu buat skuad Pilihan Malaysia tetap tidak dilupakan oleh para penyokong yang turut melaungkan nama Malaysia.
P/S - Memenangi iklan percuma ? [KLIK]
.
11 Penyokong CHELSEA:
Lulu2 kenapa Chelsea jaring 1 gol jer? Malaysia hebat ker atau Chelsea tak main sungguh2? :)
lulu, tahniah chelsea mng! tp tu pun sbb bernasib baik jek.. ;D
Ingat Lulu...ingat Chelsea juga...
hihihi..walaupun cp peminat liverpool tp masih sokong chealsea jugak!:) congrat chealsea! :)
"
lulu g tgk kat stadium ke?
tahniah chelsea menang... len kali klu chelsea dtg lg, jgn lpskn peluang eh...
congrats chelsea menang! ^_^ tp tipis. tu pun meragukan. ramai org komen pertahanan malaysia bagus ^_^
lulu so cool!chelsea tetap hebat!jemput singgah!
http://azumie.blogspot.com/2011/07/harry-potter-part-2-vs-mr-poppers.html
laaaa...mati2 ingat lulu pegi..sebab lulu kan fanatik gila...
ingat Chelsea kalah je baru ingat Lulu Pages.. ekekekeke.... jgn mare.. hihi
Team Harimau malaya dah bangkit semula...dulu2 memang tak minat nak tengok, skrg ni...fuhhhhh mesti tonton beb. Esok Msia vs Spore...harap2 menang!!!!
Post a Comment