Friday, July 22, 2011

Mayat suami, isteri hancur digilis kereta


Sepasang suami isteri warga Indonesia terbunuh dalam keadaan mengerikan selepas tubuh mereka digilis kereta ketika kedua-dua mangsa cuba bangun selepas terjatuh dari motosikal yang dinaiki mereka di Kilometer 424.9 Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran Bukit Beruntung, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, penunggang motosikal yang dikenali sebagai Hadi, 32, dan isterinya, Diana, 30, dilaporkan gagal mengawal motosikal yang dinaiki mereka dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur dan terbabas di tengah lebuh raya.

Pasangan suami isteri terbabit kemudian dikatakan cuba bangun untuk mendapatkan motosikal apabila dirempuh beberapa kenderaan dari arah yang sama kerana keadaan ketika itu yang gelap hingga menyebabkan tubuh mereka berkecai.
Lebih menyayat hati, beberapa anggota badan mangsa hancur dan berkecai serta terseret lebih 10 meter.

Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian sekitar jam 6.15 pagi.

“Ketika pasukan polis tiba di lokasi kemalangan, kami mendapati tubuh badan kedua-dua mereka hancur hingga menyebabkan mangsa gagal dikenal pasti,” katanya.

Katanya, polis turut menemui motosikal mangsa yang dilaporkan terseret sejauh 50 meter di bawah sebuah van di laluan bertentangan.




P/S - Memenangi iklan percuma ? [KLIK]

.

7 Penyokong CHELSEA:

Makbed on July 22, 2011 at 8:52 AM said...

iskk... ngeri. smlm tgk berita siap ada tangan tengah jalan tu. innalillah...

Small tony on July 22, 2011 at 8:59 AM said...

aduh tragisnya

safurara on July 22, 2011 at 9:12 AM said...

ya Allah kesiannya.

aLeesYa's Mummy on July 22, 2011 at 9:32 AM said...

kesian kan..innalillah..

elnino de moona on July 22, 2011 at 12:13 PM said...

sayu ati baca....innalillah...

Nini D.. on July 22, 2011 at 1:00 PM said...

Innalillah..

Ce'gu JAERA on July 22, 2011 at 2:04 PM said...

kesian kan... tapi kita perlu tengok juga sikap si penunggang motor tu.. kadang2 ada yang bawa laju, bawa di tengah2 jalan sambil slow, n somtimes motor tiada ciri2 keselamatan spt lampu xberfugsi n pakai baju yang gelap..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!