Wednesday, July 20, 2011

Jantina anak Kris Dayanti


Teka-teki mengenai jantina anak yang dikandung Krisdayanti akhirnya terjawab apabila ia didedahkan sendiri oleh anak sulung penyanyi itu hasil perkahwinan pertamanya dengan komposer Anang Hermansyah, Aurel yang memaklumkan kepada media bahawa ibunya itu hamil anak perempuan.

“Mimi bilang (bayi) perempuan. Saya gembira ia perempuan kerana akan mempunyai teman sebab selama ini saya adalah satu-satunya cucu perempuan dalam keluarga besar mimi,” kata Aurel ketika ditemui di Gallery Bellarosa di Kawasan Jeruk Purut, Jakarta Selatan.

Malah, Aurel juga melahirkan rasa tidak sabarnya menemani ibunya yang bakal melahirkan adiknya di Jakarta.
“Pastinya, Mimi juga mahukan saya dan Ziel (Azriel) untuk menemaninya sekiranya beliau berada di Jakarta. Jika di Dili kami tidak dapat berbuat demikian kerana jauh,” kata Aurel.

Krisdayanti pula dilaporkan menjelaskan beliau sendiri tidak kisah dengan jantina anak yang bakal dilahirkan hasil hubungan beliau dengan suaminya, Raul.
“Sama ada lelaki atau perempuan yang penting senang. Semuanya rezeki bagi diri saya,” kata bekas anggota D3IVA itu sambil ketawa.

Pelantun lagu Aku Wanita Biasa itu kini sudah memasuki bulan ketujuh kehamilannya.
Krisdayanti juga dilaporkan mengalami kenaikan berat badan sehingga 30 kilogram berikutan kehamilan beliau itu yang ternyata sekali turut mempengaruhi gaya penampilan sang diva berkenaan.

2 Penyokong CHELSEA:

Myra Jay on July 20, 2011 at 8:52 AM said...

Semoga selamat semuanya..
Tahniah buat KD dan suami.. :)

eMMe on July 20, 2011 at 10:52 AM said...

tahniah ye KD...moga senantiasa bahagia bersama Raul...Raul, jg KD baik2 ya!

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!