Seorang jurugambar sangat bertuah apabila berjaya merakamkan aksi yang jarang dapat diabadikan melalui lensa - seekor buaya besar melompat di Sungai Adelaide.
Sepanjang 5.5 meter, Brutus ialah seekor buaya air masin yang hidup di sungai berkenaan dan menjadi perhatian di kalangan pelancong di Wilayah Utara Australia kerana keunikannya yang kudung.
Brutus kehilangan kaki kanan depan dipercayai selepas bertarung dengan jerung di kawasan muara Sungai Adelaide.
Ketika gambar ini dirakamkan, Brutus cuba mencapai daging kerbau yang dihulurkan bersebelahan bot sarat berisi pelancong.
Jurugambar terbabit, Katrina Bridgeford, berkata dia tidak menyangka dapat mengambil aksi Brutus dalam keadaan istimewa begitu.
“Ia sangat hampir dengan pelancong dan anda boleh menyentuh Brutus jika menghulurkan tangan ke arahnya,” katanya.
Aktiviti melihat aksi buaya melompat dari sungai adalah tarikan utama aktiviti pelancongan di kawasan berkenaan.
.
11 Penyokong CHELSEA:
mak ai...besar gile boye...
Eeerr akviti melihat buaya lompat tarikan utama... woaaa takut lor nak p... tak pasal2 kena ngap!
makk aiii.. mula2 seram sejuk tengok gambar buaya melompat macam tu.. bila baca kisah ni macam sebak plak kan.. seekor buaya yang kudung tapi mesra dengan pelancong...
sama2 lah kita hargai kehidupan haiwan kerana mereka jua berhak untuk hidup harmoni seperti kita.. jom boikot barangan kulit (",)
wah! mmgterror fotografi nie..
susah nk dpt nie..
Jom join GA Deqlis.. Timaceh
gillerrr....lepas die lompat mesti bergegar bot tu..ni buaya baik ni..kalau dlm filem mesti dah terbalik bot ni..
bapak punye beso buaye tu.. kalau makan orang skali ngap aje..
gile....seram
huishhh.. besarnya boye..
ni skali ngap je slesei ni..
besarnyaaaa......huhu
huishh... gile r mcm tu.
eeeeeeiiiiiiii takut ....
Post a Comment