Wednesday, July 13, 2011

Tiada kopitiam halal??


Tidak ada satu pun daripada kira-kira 180 buah premis kopitiam di Selangor mempunyai sijil halal yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Malah, daripada jumlah itu, kira-kira 10 peratus atau 18 premis kopitiam sahaja dari negeri itu yang memohon pensijilan halal daripada JAIS dan Jakim.

Pengarah JAIS, Marzuki Hussin berkata, setakat ini, pihaknya masih belum mengeluarkan sijil halal kepada mana-mana premis kopitiam di Selangor.
“Selangor belum ada kopitiam yang dapat sijil halal daripada JAIS walaupun kita ada buat pengumuman supaya mereka (pengusaha kopitiam) memohon untuk mendapatkannya.

“Sehingga kini, permohonannya ada tapi kurang iaitu kurang daripada 10 peratus sahaja yang memohon sijil halal daripada JAIS atau Jakim,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar kesedaran dan kepenggunaan halal Negeri Selangor di sini semalam.



P/S - Kopitiam kat SOGO, makanannya sedap.. tapi agak pedas..



.

4 Penyokong CHELSEA:

zuwaidah on July 13, 2011 at 12:59 PM said...

laaaaaaa iye keee...harus berhati2 masa depan. suka jugak lepak di kopitiam

Adam Aizad on July 13, 2011 at 1:07 PM said...

bab halal x halal nie susah nak cakap. yang penting kena berhati2 dan REDHA :)

Ademncats

Ce'gu JAERA on July 13, 2011 at 2:20 PM said...

jangan lah masuk tempat2 macam tu kalau tiada sijil halal.. memang sedap, tapi kalau meragukan baik tak payah pergi.. nanti jatuh hukum.. pekena teh tarik kat warung mamak pun ok apa... ekeke

Nini D.. on July 13, 2011 at 8:11 PM said...

Subhanallah...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!