Difahamkan, kemalangan pukul 2.25 petang itu berlaku semasa pemandu kereta tersebut dikatakan menggunakan telefon bimbit untuk melayani khidmat pesanan ringkas (SMS).
Mangsa, Nor Adibah Hanim Abdullah, 17, yang parah di kepala dan badan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, tetapi disahkan meninggal dunia pukul 7 petang.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Supritendan Ahmad Mazlan Yahaya berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa dan beberapa rakannya berjalan di tepi jalan selepas tamat sesi persekolahan.
"Ketika mangsa melintas, muncul sebuah kereta dari arah Chendering ke Bukit Payong dan melanggar mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Ahmad Mazlan memberitahu, polis masih menyiasat punca sebenar kejadian itu berlaku.
.
4 Penyokong CHELSEA:
pergh,ni sume gara2 pemandu tak bertanggungjawab.. hm..
mesti kena teruk driver tu....
Kasihan, baru balik dari sekolah. Pemandu tu patut digantong lesen saja
saman saja pemandu yang macam tu.. tak berhemah dalam pemanduan.. gara2 sms, nyawa insan lain terkorban.. moga mangsa minta sama ganti rugi atas kelalaian si pemandu
Post a Comment